zire 71 photo
Zire 71 Photo of the day!


Dresanala II: Baladewa-x

 

Get your own
 diary at DiaryLand.com! contact me older entries newest entry

2003-04-28 - 1:52 p.m.

Saya telah diperkenalkan kepada kumpulan Element ini oleh salah seorang rakan pembaca yang memang meminati lagu-lagu Indonesia. Sebelum ini, saya tidak pernah langsung mengetahui tentang kewujudan kumpulan ini.

Paradoks merupakan album ketiga dari kumpulan Element. Di Indonesia, nampaknya kumpulan ini agak popular dengan berjaya merangkul penjualan sebanyak 300,000 buah album dalam jangka masa selama tiga bulan. Satu kejayaan yang tercapai dengan adanya promosi yang baik dan tersusun untuk kumpulan ini.

Pada mulanya, kumpulan Element ini sukar diterima dengan serius. Ini adalah kerana ahli-ahli kumpulan ini terdiri daripada model dan bintang sinetron yang rasa-rasanya lebih sesuai menjadi ‘Boy Band’ daripada menjadi sebuah kumpulan rock. Memang tidak dinafikan bahawa kumpulan ini dianggotai oleh jejaka-jejaka yang berwajah kacak, tetapi mereka sebenarnya berbakat. Bukan sekadar mengharapkan muka sahaja yang cantik…

Kumpulan Element didukung Lucky (back vokal), Ferdy (vokal), Adith & Arya (gitar), Fajar (keyboard), Ibank (bas) dan Didi Riyadi (drum).

Perlu diingatkan bahawa lagu-lagu yang dibawa oleh Element iramanya tidak sekeras seperti yang dibawa oleh Dewa, Padi atau Jamrud. Mungkin mereka lebih terjurus kepada lagu-lagu berjiwa ‘Pop Rock’, seperti mana yang biasa dibawa oleh Slank, Sheila on 7 dan Wong. Dan seperti Naif dan Lakky, apa yang dibawa mereka mengikut rentak retro.

Paradoks mempersembahkan 10 buah lagu: Maaf Dari Surga, Luruh, Cinta Sejati, Kerena Kau Telah, Menunggu Tanpa Waktu, Tuhan Selalu Puny Rahasia, Rahasia Hati, Semua Orang Pernah Merasa Kehilangan, Takluk, dan Hanya Seorang Kawan.

Track pertama dalam album paradoks ini berjudul ‘Maaf Dari Surga’. Lagu ini penuh bertenaga dengan irama ‘modern rock’nya. Liriknya agak dalam, walaupun ‘simple’ dan ringkas (reff: Maafkan bila aku tiada lagi di sisis / Kita terpisah ruang dan waktu / Tetaplah jalani mimpi walau tidak bersamaku). Sebagai lagu pengenalan, ia mampu menarik perhatian kita untuk mendengar lagi lagu-lagu lain yang ada dipersembahkan dalam album ini.

Lagu kedua pula bertajuk ‘Luruh’. Irama gitar pada awal lagu ini seolah diinspirasikan dari irama ‘grunge’ tahun 90-an. Lagu ini adalah diantara favorit saya, selain dari ‘Maaf dari Syurga’ dan ‘Takluk’. Lagu-lagu ini sahaja sudah mampu membuat saya jatuh cinta dengan kumpulan Element!

Lagu ‘Cinta Sejati’ pula adalah lagu yang lebih perlahan. Ada ciri-ciri ‘slow rock’ dalam lagu ini. Perhatikan kesamaan lagu ini dengan lagu-lagu yang pernah dibawa oleh kumpulan Bread. Pendek kata, seperti yang saya katakan sebelum ini, album Paradoks memang ada sentuhan retro.

‘Kerena Kau Telah’ adalah satu lagu tentang kekecewaan. Alunan gitar dalam album ini agak menonjol. Dalam lagu ‘Menunggu Tanpa Waktu’ jelas terdapat unsur lagu-lagu Beatles dalam lagu yang agak perlahan ini. Juga dalam lagu ‘Tuhan Selalu Punya Rahasia’.

“Rahasia Hati’ adalah ‘single’ pertama dalam album ini. Lagu ini menarik, walaupun bagi saya, tidak sebaik track-trak yang lebih awal. Lagu ini menyentuh kisah cinta yang tidak kesampaian, dan akibat dari cinta itu, kita mungkin tidak mampu akan bercinta lagi.

Track ‘Semua Orang Pernah Merasa Kehilangan’ agak perlahan. Tak ada keistimewaannya. ‘Takluk’ sedikit bersemangat lagunya, juga ‘Hanya Seorang Kawan’ yang saya rasa ‘catchy’.

Keistimewaan Element letaknya pada cara mereka mempersembahkan lagu-lagu mereka. Saya rasa, mereka mungkin dapat menarik perhatian peminat-peminat mereka secara ‘Live’ dengan lagu-lagu yang mereka ada. Pastinya apa yang ingin mereka persembahkan bertenaga!

Rating: 4/5

* Suggest a column/blog topic

Oleh Nizam Zakaria

previous - next

about me - read my profile! read other Diar
yLand diaries! recommend my diary to a friend! Get
 your own fun + free diary at DiaryLand.com!