zire 71 photo
Zire 71 Photo of the day!


Dresanala II: Baladewa-x

 

Get your own
 diary at DiaryLand.com! contact me older entries newest entry

2003-06-03 - 3:25 p.m.

Memang tidak boleh dinafikan bahawa Shanty berwajah cantik. Sebelum beliau terkenal di negara kita sebagai seorang penyanyi, beliau pernah bertugas sebagai seorang model dan seorang VJ MTV.

Shanty, atau nama asalnya, Annissa Nurul Shanty Kusuma Wardhani Heryadie. Berasal dari Jakarta. Dilahirkan pada tahun 1978.

Dengan kehadiran duet bersama Marcell, saya rasa nama Shanty tidak asing lagi di pesada seni tanahair. Dengan lagunya yang diberi judul 'Hanya Memuji' mana Shanty dan nama Marcell terus dikenali di negara kita, walaupun lagu-lagu lain yang mampu dipersermbahkan mereka masih terlalu asing bagi kita semua.

Di Singapura, Shanty berjaya merangkul trofi Artis Baru Wanita Terbaik dalam Anugerah Planet Muzik (APM) 2002 di Singapura. Nama Shanty nampaknya telah lama dikenali di sana. Tetapi di sini, kita hanya mula mahu berjinak-jinak mengenalinya.

Shanty mempunyai kepelbagaian bakat. Bliau bukan sahaja bertindak sebagai penanyi, tetapi juga sebagai penerbit albumnya ini, yang telah dibantu oleh komposer-komposer besar seperti Melly Goeslaw, Anang, Iwang Norsaid, Dewi, Hari Budiman dan Rieka Roslan.

'Hanya Memuji' memang sebuah lagu yang baik. Dalam album ini ada juga versi solonya, tetapi nampak sedikit janggal kerana kita terbiasa dengan kewujudan suara Marcell digandingkan dengan Shanty.

Lagu 'Hanya Memuji' memang baik susunannya. Senang diikuti dan amat-amat mengasyikkan. Boleh jadi 'One Hit Wonder' buat Shanty jika lagu-lagunya yang lain semuanya mediocre.

Track kedua dari album Shanty, 'Menggilaimu', saya rasa kekuatannya terletak pada arahan musiknya. Lagu ini bersifat melankolik. Lain sedikit dari arus-arus lagu pop yang sering kita dengar. Tidak mengahairankan, kerana lagu ini telah dibuat oleh Melly Goeslaw dengan teman kerjanya Anto Hoed. Saya memang suka kepada lagu-lagu seperti ini jika dibandingkan dengan yang lain.

Track ketika pula berjiwa pop ballad. Shanty membuka lagu ini dengan meniru gemersik suara Sade. Mungkin inilah yang diperlukan oleh lagu ini, sebelum ia terkupas kepada satu lagu yang mendayu-dayu tentang cinta. Lagu ini memang 'radio friendly', jika 'Hanya Memuji' sudah mula lapuk ditelan zaman, lagu ini pula yang akan naik untuk memastikan bahawa Shanty akan terus popular.

Saya cukup suka dengan lagu 'Oh… Kasih' yang memangnya progressif dan rancak. Lagu ini tidak ada keistimewaannya, tetapi ia rancak serta berirama disco yang agak retro.

Lagu-lagu Shanty yang lain seperti 'Takkan Lari Cinta Kemana', 'Peluk', 'Aku Disini' dan 'Tak Mungkin' masing-masing easy listening. Tak ada apa-apa keistimewaan yang ketara, kecuali mungkin dalam lagu 'Peluk'. Lagu ini sedap didengar tatkala kita keseorangan dalam keadaan kesepian. 'Aku Disini' menarik kerana rentaknya yang retro 80-an.

Beli album ini hanya jika anda meminati lagu 'Hanya Memuji' oleh Shanty dan Mercell.

Rating: 3/5

Oleh Nizam Zakaria

previous - next

about me - read my profile! read other Diar
yLand diaries! recommend my diary to a friend! Get
 your own fun + free diary at DiaryLand.com!