zire 71 photo
Zire 71 Photo of the day!


Dresanala II: Baladewa-x

 

Get your own
 diary at DiaryLand.com! contact me older entries newest entry

2003-08-14 - 9:55 a.m.

Tatkala saya kecil dahulu saya suka benar menonton filem-filem Sinbad, ‘Clash of the Titans’ dan Indiana Jones. Saya memang suka menonton filem-filem yang menggabungkan unsur-unsur mitos dan adventure. Kini, masih terdapat filem-filem genre adventure ini, tetapi heronya diganti pula dengan heroin. ‘Lara Croft Tomb Raider: The Cradle of Life,’ bagi saya adalah sebuah filem adventure seumpamanya. Filem ini bolehlah saya anggap lebih baik sedikit dari siri pertamanya. Filem ‘Lara Croft’ (Angelina Jolie) pertama tidaklah yang sebaik saya fikirkan. Mungkin ada sedikit elemen ‘girl power’ tetapi saya tetap menganggap ceritanya masih lemah.

Watak ‘Lara Croft’ berasal dari sebuah ‘video game’ yang popular satu ketika dahulu. Yang meminatinya adalah remaja lelaki yang menggiurkan tubuhnya yang cantik. Kerana wataknya begitu popular, akhirnya sebuah filem mengenai dirinya dibuat. Seperti ‘video game’ Lara Croft yang penuh dengan aksi tembak menembak, filemnya juga agak sama. Walaupun begitu, sukar untuk sesiapa menerimanya sebagai seorang ahli arkeologi seperti Indiana Jones, kerana di mana sahaja Laura Croft pergi, pasti akan ada kemusnahan.

Dalam filem keduanya ini, Croft pergi ke sebuah pulau di Greece untuk menyiasat sebuah kuil Alexander the Great yang telah lama tenggelam di dasar lautan. Di sana beliau telah menjumpai sebuah batu berbentuk bulat yang berfunsi sebagai sebuah peta untuk menunjukkan lokasi ‘Pandora’s Box’.

Dalam beliau cuba menemui ‘Pandora’s Box’ ini, maka kita akan diperkenalkan dengan pelbagai watak-watak stereotaip seperti Chen Lo, (yang telah dilakonkan dengan baik oleh Simon Yam, yang saya fikirkan ada baiknya jika wataknya ini diberikan penekanan, dari dimatikan terus) saintis British yang jahat bernama Jonathan Reiss (Ciarán Hinds), pahlawan Afrika (Djimon Hounsou) lengkap dengan kaum primitif dari Afrika yang mungkin boleh diterima dalam filem ‘Alan Quartermain’.

Dalam filem ini juga kita boleh melihat kelemahan Croft yang sebelum ini kelihatan gagah menentang seterunya. Lara masih sayangkan bekas kekasihnya, Terry Sheridan (Gerard Butler). Aspek emosi Croft dapat dilihat dengan jelas, walaupun sebelum ini, sukar untuk kita melihat bahagian ini terserlah dari dalam dirinya.

Filem ‘Lara Croft Tomb Raider: The Cradle of Life,’ ini telah diarahkan oleh Jan De Bont, yang sebelum ini pernah mengarahkan filem-filem aksi seperti ‘Speed’, ‘Twister’ dan ‘The Haunting’. Arahan Bont penuh aksi dan menarik. Perhatikan lompatan yang dilakukan ala ‘A View to a Kill’ di Hong Kong. Dan perhatikan juga kepada watak Croft yang dibuatnya lebih beremosi berbanding dengan sebuah watak kaku satu dimensi yang hanya mampu wujud dalam dunia ‘video game’.

Filem ini, entah mengapa agak panjang. Mungkin menjangkau dua jam, walaupun saya rasa sebuah filem aksi seperti ini harus lebih padat. Tak perlu ada adegan meleret-leret kerana ia pasti akan membosankan penonton yang cepat bosan.

Rating: 3/5

Oleh Nizam Zakaria

previous - next

about me - read my profile! read other Diar
yLand diaries! recommend my diary to a friend! Get
 your own fun + free diary at DiaryLand.com!