zire 71 photo
Zire 71 Photo of the day!


Dresanala II: Baladewa-x

 

Get your own
 diary at DiaryLand.com! contact me older entries newest entry

2006-10-06 - 12:56 p.m.

Novel Diva Dilla. Oleh Nizam Zakaria - Bahagian 10

Image Hosted by ImageShack.us

Ida dan gosipnya bergaduh dengan Helle dek merebutkan seorang pelakon lelaki yang kacak

Jenny selesai membaca skrip Agenda.Ajinda.Cinta. Dia tahu bahawa dia telah pun selesai membaca sebuah skrip yang baik. Mungkin sebuah skrip yang terbaik yang pernah dibacanya selain dari skrip Chinatown hasil tulisan Robert Towne dan skrip Eternal Sunshine of the Spotless Mind hasil tulisan Charlie Kaufman.

Jenny meletakkan skrip tulisan Fahrin itu ke tepi. Dia menarik nafasnya dalam-dalam. Seketika kemudian, Dilla masuk ke dalam pejabat. Jenny memandang ke arah jam dinding. Jam menunjukkan pukul 3.30 petang.

Dilla masuk ke pejabat dengan membawa sebuah shopping beg dari toko Prada. Dia berjalan ke arah bilik pejabatnya sebelum dia menoleh ke arah Jenny.

"Jenny, I want to talk to you." Kata Dilla. Dia membuka pintu pejabat lalu masuk ke dalam pejabatnya.

Jenny mengambil buku nota dan sebatang pen. Dia terus berjalan masuk ke dalam bilik pejabat Dilla tanpa banyak berlengah.

"You dah baca skrip tulisan Fahrin tu?" tanya Dilla sewaktu Jenny menutup daun pintu dengan perlahan.

"Dah."

Jenny dapati Dilla sedang duduk di atas kerusi sofa yang terdapat di dalam pejabatnya itu sambil membuka kotak kasut Prada yang baru sahaja dibelinya. Dia menanggalkan kasut Manolo Blahnik yang sedang dipakainya lalu diletakkan ke tepi. Dia memperagakan kasut Pradanya itu sambil tersenyum.

"So macam mana?"

"Cantik kasut baru yang you baru beli ni..."

"I tanya you fasal skrip tu lah Jenny. Bukan kasut ni."

"Oh... About that script."

"Jadi macam mana? Okay tak?"

"I think the script is impossible."

"Impossible apa pulak ni, Jenny?"

"Jumlah pelakon yang perlu kita ambil ramai... Lokasinya pula banyak. Kemungkinan besar kita terpaksa membina set untuk beberapa adegan yang penting. Can you imagine... Ada adegan penting dalam Stadium Merdeka bila Tunku mengisytiharkan kemerdekaan-"

"Is that all?" tanya Dilla dengan nada acuh tak acuh sambil memerhatikan hujung kasutnya. Dia meneruskan lagi: "Jenny, you ingat tak kenapa I ambil you kerja dengan I selepas you keluar dari UM dulu?"

"Because I have a first class Honours in Accounting and I have a passion in film?"

"Selain dari itu?"

"Because I'm related to Jimmy Choo, and you thought you could get discounts through me?"

"Well, yes. But that's besides the point... I ambil you bekerja dengan I sebab sejak dari mula lagi I tahu you ni jenis orang yang boleh buat apa sahaja dengan baik, as long as you put your mind and heart into it."

"Puan Dilla... This is a high budget telemovie-"

"I tahu... Tapi kita harus melakukannya."

"Are you sure?"

"Apa-apa pun... Kita perlu berusaha untuk teruskan juga projek ini."

"Kita boleh melakukannya... But we need sponsors. I'm talking about mega sponsorship ni!"

"And this is where you come into the picture."

Jenny menggigit hujung pennya. Perasaan tertekan mula melanda jiwanya.

"Tapi-"

"I yakin you boleh carikan penaja untuk projek terbaru kita ni. Dalam masa sebulan kita berikan masa untuk Fahrin gubah semula skripnya itu, kita cari penaja untuk projek telemovie kita ni... Boleh?"

Jenny termenung seketika. Kerjanya ini berat. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia berhenti bekerja dengan Dilla lalu bekerja dengan syarikat lain. Tetapi Jenny suka dengan pekerjaannya ini. Dia suka pergi ke lokasi dan memerhatikan pelakon melakonkan watak mereka. Jenny suka melihat namanya terpampang di kaca TV pada bahagian kredit drama TV terbitan Dilla.

"Boleh." Jawab Jenny tanpa ragu walaupun hatinya terasa berat dengan tanggungjawab yang terpaksa dibebaninya.

"Malam ni I ada dinner appointment dengan Ida." Ujar Dilla. "You nak ikut sekali tak?"

"Ida? Kenapa you kena jumpa dia?"

"I nak dia berlakon dalam projek baru kita ni."

"Are you sure?"

"Why not?"

"Dalam masa yang sama you nak Helle berlakon dalam filem ni?"

"Ye... Jadi apa salah?"

"You tak dengar gosip ke fasal mereka?"

"What gossip?"

"Diorang kan tengah gaduh."

"Really? Are you sure?"

"Ya. No joke!"

"Fasal apa?"

"Fasal lelaki lah... Apa lagi. Alah, diorang merebutkan Fauzal Zamani, pelakon lelaki yang baru nak naik tu."

"Kan! Pompuan-pompuan ni kalau tak gaduh fasal lelaki, tak sah agaknya!" Dilla tersenyum meleret sebelum dia menambah lagi. "So, you sure tak nak ikut kita orang dinner malam ni. Nanti you dapat dengar all the hot gossip from Ida herself."

"Kirim salam kat dia saja lah. Tell her, I love watching her acting as the anak orang kaya yang bercinta dengan pelukis dalam slot Samarinda minggu lepas."

"She was acting as herself." Kata Dilla dengan nada sinis.

"I know! Tell me about it!"

"Betul ni you tak nak ikut sama? You need to eat lah sayang. Tak kan nak diet jer memanjang." Kata Dilla menjeling ke arah tubuh Jenny yang sedikit berisi itu.

"Well, thanks for the offer. Tapi malam ni mesti I kena kerja sampai lewat malam just to write letters of proposal to a few companies yang mungkin berminat untuk menaja projek drama bersiri kita ni."

"Inilah yang buat I sayang you... You ni rajin lah Jenny."

"Well... I expect a big bonus from you this year." Kata Jenny dengan nada serius.

"Okay... Kalau drama bersiri ni siap dengan berjaya dan dapat rating yang baik... I janji akan beri you bonus 3 ½ bulan gaji."

Jenny tersenyum. Bonus 3 ½ bulan gaji boleh dianggap satu jumlah yang besar baginya. Kerana selama ini, Dilla tidak pernah memberi bonus melebihi sebulan gaji kepadanya.

Jenny kembali ke meja pejabatnya. Dia mengambil skrip Fahrin yang diletaknya ke tepi tadi. Dia perlu membaca skrip ini semula.

Oleh Nizam Zakaria

previous - next

about me - read my profile! read other Diar
yLand diaries! recommend my diary to a friend! Get
 your own fun + free diary at DiaryLand.com!