|
Zire 71 Photo of the day!
|
2006-12-14 - 4:41 p.m. Novel Diva Dilla. Oleh Nizam Zakaria - Bahagian 11
Fahrin seorang penulis tanpa wang Aku beritahu Sofiah aku janji akan bayar kepada dia hutang aku ni sebaik sahaja aku terima wang dari skrip episod pertama drama bersiri terbitan Dilla yang baru sahaja aku selesaikan pagi tadi. Aku tunjukkan skrip yang aku siap kepadanya. Aku nak dia baca. Sofiah keluarkan dompet wangnya. Dia serahkan wang RM500 kepada ku. Dia kata dia tahu aku perlu wang sebanyak itu, tapi aku segan untuk tanya. Aku ucapkan terima kasih kepadanya kerana memahami. Aku rasa macam nak peluk dia. Jauh di dalam hati aku, aku rasa sebak. Dia dah banyak kali tolong aku macam ni. "You know what Sofiah... One of the biggest regrets I have in my life adalah apabila aku ikut segala kehendak Idris bila dia tak mahu aku berkawan dengan kau dan Fadzil... Aku ikut cakap dia sebab aku sayang dia." "Alah, jangan ingatlah benda-benda lama. He's a psycho and you were deeply in love with a psycho. Shit happens, baby." "The thing is... I actually let him took control over my life." "Macam kau cakap tadi Fahrin... Kau sayang dia. Sometimes we do the stupidest things in the name of love." "Nasib baik kau maafkan aku walaupun aku pernah membelakangkan kau dulu." "Sayang... I love you as a friend. Sebagai kawan, I know you will fuck up like this from time to time. You know, like falling in love with the wrong guy. But all were forgiven when you came back to me... I dah lama maafkan you." "I know that I hurt your feelings dulu. Tapi Idris dah bagi I pilihan... It's either my close friends or him." "Sayang... If I have a bitch of a girlfriend whom I love setengah mati like you, I will do the same thing." Aku memandang ke arah wang yang diserahkan Sofiah kepada ku. Aku semakin sebak. Aku rasa macam nak menangis sebab aku pernah dia buat sedih bila aku langsung tak jawab panggilan dia atau jawab e-mail dia dek mengikut kehendak ex aku. Sekarang, bila ex aku tinggalkan aku, dia juga yang boleh aku harapkan untuk membantu aku dalam masa-masa aku tengah sesak seperti sekarang. Sofiah menyerahkan sepuntung rokok ganja yang baru sahaja digulung untuk aku. Dia jemput aku hisap. Aku pulak hisap semahu-mahunya. Dia suruh aku berbaring di atas pangkuannya. Dia usap rambut aku dengan manja. "Bila kau akan siapkan skrip-skrip untuk episod seterusnya?" "Episod dua esok dan episod tiga dan empat hujung minggu ni. So I will be busy, busy, busy!" "Tak pergi clubbing dengan I lah weekend ni?" "To Liquid... Entahlah." "Alah, jom lah! Tak kan lah nak kerja jer tanpa rehat." Sofiah menguatkan lagi volume HiFi yang sedang memainkan lagu yang disukainya. Berkumandanglah lagu dari Womack and Womack bertajuk Teardrops. "Kau ingat lagi dengan lagu ni?" tanya Sofiah, dia memegang tangan ku dengan erat. "Ingat... Kau bukak lagu ni kuat-kuat first time kau ajak aku pergi ke flat kau kat Chelsea." "Lepas tu aku ajak kau menari dengan aku." "Kau memang gila." Kataku sambil tersenyum. Memang Sofiah gila masa tu. Flatnya pun nampak gila dengan segala lukisan yang dibeli dari kawan-kawan pelukisnya serta barang-barang perhiasan yang entah apa-apa yang telah dibelinya dari Portobello Road. Tapi sebab inilah aku terus tertarik dengan dirinya. Dia tak macam orang lain yang pernah aku kenali. Dia bebas melakukan apa sahaja yang mahu dilakukannya. "Masa tu kau skema giler! You are such a nerd. And look at you now!" "Masa tu aku tak akan bayangkan kau akan jadi pelakon TV. Tak lama lagi kau akan bakal menjadi seorang pelakon drama TV yang dikenali ramai!" "Kau yang mahu aku berlakon kat TV, kan?" "It's about time aku ada kawan yang terkenal satu Malaya!" Sofiah tersenyum. Kami terus menari bersama. Sofiah menyanyi: "Footsteps on the dance floor remind me baby of you... Teardrops in my eye-eyes, next time I'll be true, yeah!" Aku tersenyum ke arahnya. Kemudian dia berhenti menyanyi dan menari. Dia memandang tepat ke arah ku. "Kenapa ni sayang?" tanya Sofiah. Dia mengesat air mataku yang baru mengalir. Aku menarik nafas ku dalam-dalam. Aku tak sedar aku telah menangis di hadapannya. "Tak ada apa-apa-" "Fahrin... Just tell, me ya." Sofiah memegang tangan ku dengan erat. "I just hate being alone like this." jawabku, walaupun sebenarnya aku menangis apabila aku mengamati lirik lagu ini yang langsung buat aku mengenangkan nasib aku ditinggalkan ex aku. "Bukan aku dah banyak kali cakap dengan kau... Kalau kau rasa lonely, just come to my place." "I'm not talking about that sort of loneliness lah." "Kau ni... Kalau takder lelaki di dalam hidup kau, tak boleh hidup ke?" Aku menjeling ke arahnya. Aku dah hilang mood nak menari. Aku duduk di atas kerusi sofanya. "Okay, you have to stop being so depressed macam ni lah Fahrin." "I'm a writer. I'm entitled to be depressed." "Ye lah, tapi tak kan hari-hari pulak. Brooding writer is so last century lah." "Why can't you be a man, Sofiah... Kalau kau lelaki, dah lama aku nak jadikan kau bf aku." "And why can't you be a woman, kan? Aku pun nak kau jadi gf aku yang terchen-tah!." Aku ketawa mendengar kata-katanya. Dia pun ketawa sekali. Dia rapatkan dirinya kepada ku. Dia menyandarkan kepalanya ke dada ku. "Kadangkala aku rasa sunyi jugak. Aku pun ada perasaan tau." Ujar Sofiah kepada ku dengan penuh jujur dan separuh berseloroh. "Maybe it's about time you cari gf baru. Lagipun Fatin kan dah ada gf baru... Dia dah lama move on." "Pandai kau bagi aku advice bila kau sendiri macam ni." "I know... Tapi kita sebagai kawan kan harus saling menasihati. Kan!" "Entahlah... I don't know. Malas nak fikirkan ini semua." Kata Sofiah dalam nada pasrah. Dia terus termenung. Kami termenung sama memikirkan kisah silam di dalam kehidupan kami yang terus membelenggu jiwa dan raga kami sehingga ke hari ini. Oleh Nizam Zakaria
|