zire 71 photo
Zire 71 Photo of the day!


Dresanala II: Baladewa-x

 

Get your own
 diary at DiaryLand.com! contact me older entries newest entry

2006-12-14 - 4:43 p.m.

Novel Diva Dilla. Oleh Nizam Zakaria - Bahagian 12

Image Hosted by ImageShack.us

Permintaan besar seorang diva bernama Dilla

Ida baru sahaja selesai melakonkan sebuah drama TV yang akan ditayangkan tidak lama lagi yang mengisahkan seorang gadis dari kampung (yang dilakonkan oleh dirinya) yang berhijrah ke kota lalu hanyut (entah mengapa, dia terpaksa menjadi seorang GRO sebuah kelab dangdut, walaupun banyak kerja-kerja lain yang boleh dilakukan seperti menjadi juruwang pasar raya ataupun kerani sektor kerajaan), hanya untuk diselamatkan oleh seorang jejaka kacak yang kaya raya (arwah bapanya mempunyai sebuah syarikat pembangunan hartanah) dengan sub plot dia terpaksa berebut kuasa dengan adik tirinya sendiri (yang dilakonkan oleh seorang pelakon dari Singapura yang sama kacak).

Ida duduk di sebelah jurusoleknya. Dia sedang membincangkan sesuatu dengan jurusoleknya itu sebelum dia dapat melihat kelibat Dilla datang ke arahnya.

"Eh, Kak Dilla!" ujar Ida. Dia berlaga-laga pipi dengan Dilla. Baby Ziana si jurusolek bersalaman dengan Dilla yang telah dianggapnya diva sejak dia mula belajar bercukur misai satu ketika dahulu.

"I need to talk to you... Privately." Ujar Dilla.

"Baby... Nanti kita berbual lagi fasal problem you dengan abang rimau you tu, ya?" ujar Ida. Baby Ziana faham. Dia mengemaskan alat soleknya lalu meninggalkan Ida bersama Dilla di dalam bilik kecil yang telah dijadikan bilik persalinan di dalam rumah banglo yang telah dijadikan lokasi drama lakonan Ida ini.

"So... Baru sahaja wrap lah ni?"

"Baju jer kak."

"So shooting macam mana?"

"Alah biasa lah kak... Penat. Pengarah pulak orang baru. Anak didik kakak jugak kan?"

"Si Zieman tu memang baru... Tapi dia perlukan pengalaman mengarah macam ni-"

"Kakak nak jumpa saya tiba-tiba ni untuk apa?" tanya Ida, pelakon muda yang masih berusia 23 tahun itu.

"Well... Kakak nak you berlakon dalam filem kakak yang terbaru."

"Oh... Bila nak start shooting?"

"Bulan depan."

"Boleh jugak... Memang saya free bulan depan."

"13 episod... Shooting selama sebulan."

"Boleh kak... Untuk kakak, apa saja saya akan turutkan." Ujar Ida dengan suara lembut. "Lagipun, kalau bukan kerana kakak... Saya tak mungkin jadi pelakon terkenal macam sekarang ni."

Ida tak mungkin akan melupakan jasa Dilla kerana telah mengambilnya berlakon dahulu. Ida, adalah anak kepada Datin Emelia - kawan kepada Dilla ketika dia masih bergelar seorang Datin dahulu. Walaupun kini hubungan Dilla tidak lagi begitu rapat dengan Datin Emelia, hubungannya dengan Ida sememangnya rapat. Di dalam banyak hal, Dilla dapati Ida banyak mengingatkan dia kepada dirinya sendiri ketika dia muda dahulu. Mungkin sebab itulah Dilla sering mengambil Ida berlakon di dalam drama TV yang diterbitkannya dan menganggap dirinya sebagai mentor kepada pelakon muda ini.

"Kenapa mata kau merah, Ida?" tanya Dilla mendekatkan dirinya kepada Ida.

"Takde apa-apa lah kak."

"You ingat kakak ni budak-budak ke, Ida? Kakak dah kenal you sejak you sekolah menengah lagi tau."

"Tahu..."

"Kau ingat kakak tak tahu apa you bualkan dengan Baby Ziana tadi sampai mata you bengkak menangis-"

Ida memandang ke arah lain. Sememangnya dia tidak dapat menyimpan sebarang rahsia dari Dilla kerana Dilla dapat membaca isi hatinya seperti buku.

"Ni mesti fasal jantan lah kan?" tanya Dilla lalu mengeluarkan kertas tisu dari dalam tas tangannya untuk diserahkan kepada Ida yang mula mahu menangis lagi itu.

"Si Yasir tu kak... Rupa-rupanya dia dah ada tunang kat kampung!"

"Yasir budak despatch rider yang dok kikis duit kau tu?"

Ida mengangguk dengan rasa serba salah.

"Kan kakak dah cakap... Tapi kau degil jugak."

"Mana Ida tahu dia macam ni?"

"Kau tu Ida... Tak habis-habis cari boyfriend yang tak boleh pakai!"

"Saya cari cinta yang sejati, kak." Kata Ida sambil mengesat air matanya.

"Ida... Kita ni perempuan. Kita mesti cari lelaki yang boleh jaga makan minum kita."

"Tapi Ida yakin, cinta sejati tu wujud kak!"

"Masalah dengan kau, Ida... Kau percaya dengan cerita-cerita yang kau lakonkan!" ujar Dilla dengan nada memerli. Selama ini, Ida sering melakonkan watak gadis kampung yang akan bercinta dengan jejaka yang akan mengecewakan sehinggalah dia akan diselamatkan oleh seorang jejaka yang baik tetapi cukup sederhana dalam segala hal. Dilla percaya bahawa Ida telah terpengaruh dengan watak-watak yang dilakonkannya sehingga dia mahu menjalani kehidupan watak-watak tersebut.

"Mana ada kak!"

"Sebetul-betulnya Ida, kau ni anak orang kaya. Bukan anak orang kampung. You we born in London because your mother just can't stand the idea of giving birth in a hotel in Malaysia. Tak ada kelas katanya. Bila umur kau dua belas tahun, bapak kau belikan kau rantai Bulgari untuk hadiah harijadi kau. By the time you were 17, your mother bought you a Carolina Herrera dress untuk kau pakai dalam majlis prom kau bila kau graduate dari Kolej Tuanku Ja'afar. Dan sekarang, you can't live in a city without a BCBG Max Azria boutique nearby."

Ida masih menangis. Tetapi dia cukup sedar dengan kebenaran di dalam kalimah-kalimah Dilla tadi.

"Well... Apa kata kalau I cari you calon boyfriend yang baru?"

"Date apa ni kak? Kakak suka buat macam ni tau!" Ida menghembuskan hingusnya yang mula meleleh. Sejak dahulu lagi Dilla memang suka mencarikan calon teman istimewa untuk Ida yang selalunya terdiri dari mereka yang sudah berusia (dan ada kalanya sudah berkahwin) tetapi mempunyai banyak wang dan berharta. Ida tak suka apabila Dilla melakukan ini semua kepadanya kerana Ida tidak tertarik dengan lelaki yang berusia tidak jauh dari usia bapanya.

"Well... Ida. Tujuan kakak datang ni pun, ada hajat sebenarnya. Ye lah, kalau sekadar nak suruh kau berlakon drama TV kakak, kakak boleh suruh Jenny jer call kau dan beritahu, kan..."

"Hemm... Apa dia kak?"

"Kakak nak kau pergi makan malam dengan Mr. Lim-"

"Mr Lim?"

"Mr Lim tokeh biskut Suzy tu lah."

"Ish, akak ni? Are you kidding?"

"Kakak serius lah Ida!"

"Kenapa ni kak? Tiba-tiba jer suruh saya dating dengan Mr. Sim ni."

"Mr. Lim lah."

"Yeah, whatever."

"Dia peminat Ida, tau!"

"So?"

"Dia nak kenal Ida dengan lebih rapat lah..."

"So what's the catch, kak?"

"Kakak nak kau pujuk dia supaya dia sponsor filem baru kakak ni."

"Apa?" tanya Ida seperti tidak percaya. Kemudian dia merenung ke dalam wajah Dilla. Dia tidak pernah melihat raut wajah Dilla seperti ini. Dilla kelihatan begitu berharap dan rapuh. Buat pertama kali di dalam hidupnya, dia dapati Dilla yang dikenalinya sebagai seorang diva ego berjiwa kental kini seolah-olah sanggup untuk berlutut di hadapannya agar dia bersetuju dengan permintaannya itu...

Oleh Nizam Zakaria

previous - next

about me - read my profile! read other Diar
yLand diaries! recommend my diary to a friend! Get
 your own fun + free diary at DiaryLand.com!