|
Zire 71 Photo of the day!
|
2006-12-14 - 4:44 p.m. Novel Diva Dilla. Oleh Nizam Zakaria - Bahagian 15
Biskut Suzy akan berwajah baru tak lama lagi Aku cepat-cepat pergi bank-in cek yang baru saja aku terima. Perkara pertama yang ingin aku lakukan bila duit aku dah penuh di dalam bank adalah untuk membayar hutang aku kepada Sofiah. Kemudian, aku mahu pastikan aku simpan duit aku tu tanpa berbelanja tak tentu fasal. Ini merupakan satu perkara yang terlalu sukar untuk aku lakukan. Aku pantang ada duit. Mesti aku nak berbelanja. Macam-macam benda aku nak beli walaupun aku tak perlukan sangat benda yang aku hendakkan itu. Petang ini aku pergi berjumpa dengan Jenny. Dia kata dia perlu jumpa aku untuk bertanyakan kepada aku tentang itu dan ini mengenai skrip aku. Katanya, jika dia tahu sendiri apa yang aku mahukan, nanti senang sedikit untuk dia jalankan kerja dia sebagai seorang Production Manager. Kami mengambil keputusan untuk berjumpa di Bangsar Village. Di Starbucks. Apabila aku di sana, aku dapati Jenny sedang duduk di sebelah Ida Suraya pelakon muda yang bakal melakonkan watak Norlela nanti. Aku tak tahu apa yang dia buat di situ, tapi wajahnya nampak stress. "Sorry, Jenny. Lambat sikit." Kataku kepadanya sebaik sahaja aku bertentang mata dengannya. "Tak apa... Duduklah. Fahrin." Kata Jenny sambil tersenyum. "Oh, Ida... Ini Fahrin the scriptwriter." Ida menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan ku. Aku menyambut salamnya. Tangannya halus, mungkin sehalus jiwanya. "I like your screenplay." Ujar Ida kepada ku. "Senang I nak faham watak yang I kena bawak, sebab your screenplay is very detailed and precise." "Thank you." Jawab ku ringkas. "I like your story too. I menangis dua tiga kali bila I baca skrip you... Lebih-lebih lagi dalam episod 11 dan 12." "Oh..." kata ku tanpa mengerti pada bahagian mana di dalam skrip aku itu yang membuatnya sedih. Tapi aku rasa mungkin dia mengerti lebih dari aku isi kandungan tulisan aku. "Ceritanya complicated... But I like it. Tadi, Jenny kata kawan you Sofiah akan ambil watak Noryani, kakak kepada Norlela." "Ya." Kataku sambil mengangguk. "Watak Noryani walaupun kecil agak penting, sebab Norlela sayang kepada kakaknya dan akan mendengar apa sahaja nasihat kakaknya itu." "Sofiah kawan you tu... Anak kepada Tan Sri Razman kan? We talking about Sofiah pelakon teater tu, kan? I just want to make sure if I've gotten the right person." "Ya." "Sebenarnya... Papa I kenal dengan Tan Sri Razman. Diorang jadi anggota lembaga pengarah of this highly successful IT company yang I dah lupa namanya... They used to be close friends masa sekolah dulu kalau tak salah." "Okay..." "You dengan Sofiah... Couple ke?" "Tak lah. Dia KB I." jawabku. Matilah keluar segala istilah adik-adik ni semua. "KB?" "Kawan Baik... Dia best friend I." "Masa I sekolah rendah dulu I pernah ke rumah dia. Masa dia buat birthday party dia kat Bukit Damanrasa. You know... Semua orang nak pergi ke party harijadinya. Cool sangat. " Beritahu Ida. Aku tak kenal langsung akan kehidupan Sofiah semasa dia kecil dahulu. Sukar untuk aku bayangkan ini semua. "Dulu dia tomboy, tau..." "Ye ke?" aku buat-buat berminat untuk bertanya. "Yer! Dia nampak boyish sangat. Ramai budak-budak perempuan yang I kenal have this crush on her. You know lah, girls, kan?" Aku hanya mampu tersenyum. Apalah agaknya reaksi Ida kalau dia dapat tahu Sofiah ni masih lagi menjadi seperti kegilaan kepada gadis-gadis lesbian macam dia. "Sekarang dia nampak elegan. I ada nampak gambar dia kat Malaysian Tatler tahun lepas kalau tak salah..." Mahu sahaja aku beritahu kepadanya baju Anna Sui yang dia pakai pada hari itu adalah pilihan aku. Tapi aku diam sahaja. "Well.. I have to go. Malam ni I nak pergi makan malam with my parents. Dah lama I tak jenguk mereka tu." Ida berdiri lalu kami bersalaman. Dia berjalan masuk ke arah Bangsar Village lalu terus ke tempat meletak kereta. "Dia baru sahaja pergi berjumpa dengan Mr Lim kat La Bodega, tadi." Ujar Jenny sambil tersenyum nakal. Dia menambah lagi dengan nada yang sama nakal. "It was more of a date than a meeting." "Mr Lim mana pulak ni?" "Mr Lim tauke Biskut Suzy." "Untuk apa?" "Untuk pujuk Mr Lim taja drama bersiri kita lah." "So, what's the outcome? The meeting I mean, not the date." "Mr Lim bersetuju... You tahu je lah, Ida ni kan manja. He has a way with men." "Yeah... Except with men like me." "Hehehe... True." "Jadi... You lah yang arrangekan semua ni kan?" "Arrange what?" "The date... I mean the meeting or whatever you want call it these days." "Ye lah... Dah kerja I." "Macam tu ke? Kalau I tahu, dah lama I nak kerja macam you. Selama ni I jadi Mak Ayam for free je, tau." "Don't lah... You make my job sound like so exciting gituh." "Bukan exciting ke kerja buat telemovie ni?" "It is... Tapi banyak kerja." "So... Ida tak cakap apa-apa dengan you fasal date dia dengan Mr. Lim?" "Well... Dia kata Mr Lim mahu wajah Ida muncul dalam balutan biskutnya dan menjadi spokesperson untuk biskut Suzy." "Is this for real?" "Well... Balik ni nanti I kena mintak our legal representative untuk draft a contract based on what Mr Lim wants from us." "Ida pula? Apa dia cakap?" "Dia tak suka... Tapi macam mana. She's doing this for Dilla. And Dilla being Dilla, she can make people do things for her." Aku menghidupkan puntung rokok ku. Jenny bertanyakan kepada ku minuman yang ingin aku pesan. Aku kata aku mahu minum air mocha. Jenny terus ke kaunter Starbucks untuk memesan minuman untuk ku. Aku kini terfikir tentang drama bersiri aku ni. Dalam masa tak sampai dua minggu, penggambaran siri Agenda.Ajinda.Cinta akan dimulakan. Aku hanya mempu berharap, karya aku ini akan dapat dibuat dan diselesaikan dengan baik... "Okay... Now that you can have your caffein fix, lets start talking and help carry out my job properly, shall we?" ujar Jenny ketika meletakkan minuman yang telah aku pesan tadi di atas meja. Oleh Nizam Zakaria
|