|
Zire 71 Photo of the day!
|
2006-12-14 - 4:46 p.m. Novel Diva Dilla. Oleh Nizam Zakaria - Bahagian 17
Seorang pelakon kayu bernama Irwan Aku masuk ke belakang Pentas 2 di KLPAC. Di sana aku pergi menemui Sofiah yang telah awal-awal lagi sampai ke lokasi. Dia sedang disolekkan oleh Miss M. Kami terus berlaga-laga pipi apabila bertemu. Di tangannya, dia sedang membaca edisi terbaru majalah Vanity Fair. "Oh, Fahrin... Ini Miss M. The make up artiste." Ujar Sofiah kepada ku. "You must be The Divine Miss M yang orang selalu sebut-sebut tu." Ucap ku sambil tersenyum. "And you must bet he scriptwriter lah kan yang disebut-sebut sebagai Jejaka Idaman Malaya ittew oleh seorang peminat you yang namanya tidak boleh disebut." Ujar Miss M kemudian sengaja menekup mulutnya sendiri. "Yer... Tapi sapa yang kata I Jejaka Idaman Malaya tu?" "Aderleh..." "Laki ke pompuan?" "Haiyoh, matilah mek kena interrogate katanya." "Jantan lah... Lagi nak tanya-tanya. Kau suka kan?" celah Sofiah. "Whatever." Aku ambil kerusi lalu duduk di hadapan Sofiah. "Dah hafal skrip aku tu?" tanya aku kepada Sofiah yang sedang disapukan lipstik ke bibirnya pada waktu itu. "Must you even ask?" "Okaylah... Kau pelakon profesional. Aku tak sepatutnya tanya." "So... Apa yang buatkan kau depressed sangat semalam sampai tak mahu jawab SMS aku?" "Aku terima SMS ni..." "Ni mesti fasal Idris kan?" "Ya. Dia nak jumpa..." "He's a schmuck yang menyemakkan." "Kau rasa dia sayang aku lagi, tak?" "Fahrin, haven't you been listening?" "Mesti ada sebab kalau dia contact aku macam tu kan?" "Dia tak sayang kau. Face it Fahrin." "Siapa Idris ni u'oll?" sampuk Miss M. "Ex dia... Yang tinggalkan dia macam tu jer bila dia pergi sambung belajar ke UK." "Haiyoh, hansuari kah?" tanya Miss M. Itulah perkara pertama dia ingin tahu, jika ex aku tu hensem ke tak. "Dinch." Kata Sofiah lalu menjeling ke arah ku. Sofiah memang tak anggap ex aku tu hensem. Lagipun apa dia tahu. Sah-sah lah dia lesbian kan? "Aku kata aku boleh jumpa dia... Tapi minggu depan." "What?" "Aku tak cakap aku confirm ke tak. Aku cakap aku busy dengan drama bersiri ni." "Kau dah gila ke, Fahrin?" "Entah." "Fahrin... Dia tak sayang kau lagi. Remember that! Nothing will be the same again!" "I know, but-" "No... You don't know and you will never learn. You are the smartest person I know, but when it comes to hal-hal yang melibatkan that particular jantan, you suddenly turn stupid." "Kau tahu kan, deep inside, I still love him." "This is boring lah Fahrin. You bore me!" kata Sofiah meninggikan suaranya. Aku termenung jauh. Sesekali aku memandang ke arah handphone aku. Aku periksa sekali lagi inbox SMS aku. Aku baca sekali lagi pesanan SMS aku terima dari ex aku. "Fahrin... Mungkin kau sayang dia lagi, tapi dia tak sayang kau lagi. Ingat tu. You are nothing to him. Nothing!" kata Sofiah dengan tegas. "Okay. I got it already." Kataku. Aku tak suka kalau dia marah aku tak tentu arah macam ni. Aku berjalan masuk ke Pentas 2. Aku dapat melihat Husna di situ. Aku berbual dengannya. Zainal si pengarah mula duduk dengan diam sambil memerhatikan monitor di hadapannya. Wajahnya tekun. Dilla berjalan masuk ke dalam set bersama Jenny. Dia memerhatikan keadaan sekelilingnya. Dia nampak puas hati. Dia meminta Jamil soundman supaya membaca doa. Selepas membaca doa, Zainal terus meminta Raja Shamsir supaya memastikan pergerakan kamera adalah seperti yang dimahukannya. Kemudian, dia meminta supaya para pelakon memulakan latihan pertama di dalam set. "Mana Irwan?" jerit Zainal. Beberapa saat kemudian, Irwan masuk ke dalam set. Dia masih lagi memegang skripnya di tangan. Kemudian dia tersenyum ke arah Helle. "Okay... kita buat rehearsal sekarang untuk scene ni. Ingat... Masa ni watak Noryani dipaparkan di dalam persembahan teater Agenda.Ajinda.Cinta dilakonkan oleh watak Suhaila oleh Sofiah. Jadi, kononnya dalam scene ini, Suhaila pergi bertemu watak Azmi yang membawa watak Zainol oleh Irwan lalu menceritakannya bagaimana watak Noryani ini mencerminkan kepada kehidupan serta permasalahan yang dihadapinya sekarang." "Oh my God... Complicated habis!" ujar Dilla dengan perlahan kepada Jenny. Aku lihat Jenny menoleh ke arah ku lalu tersenyum. Ketika Zainal akhirnya berkata 'action', akhirnya aku dapat melihat Sofiah melakonkan wataknya dengan Irwan. Aku dapat melihat bagaimana sukarnya Sofiah cuba membawa wataknya dengan Irwan yang begitu kaku lakonannya itu. "Irwan... Apa ni beb?" ujar Zainal marah-marah kepada Irwan. "Dah berapa take ni?" Irwan nampak serba salah. Aku lihat dia menoleh ke arah Dilla. Dia nampak keliru. Mungkin sebelum ini dia tidak pernah ditegur lakonannya. Tapi dia ternyata tak pernah diarahkan oleh Zainal yang terkenal sebangai seorang perfectionist itu. Bila dah diarahkan banyak kali, barulah Zainal akhirnya puas hati dengan lakonan Irwan. Setelah Zainal puas barulah Sofiah boleh berehat. Dia terus datang mendapatkan aku. Dia mintak rokok dari aku. "Sorry ya, fasal tadi." Ujar Irwan yang melulu datang menemui Sofiah setelah dia diberikan sebotol air mineral oleh Miss M. "Kau ni baru berlakon ke apa?" tanya Sofiah dengan nada marah tanpa mahu berdolak-dalih. "Tak... Dah lama berlakon, tapi-" "Tapi apa?" "Sofiah... Relak lah okay? Take five." Nasihatku. Sofia menggeleng pantas lalu berjalan keluar dari Pentas 2. Dia mahu pergi merokok di luar. "Maaflah kalau lakonan saya tak menepati skrip encik Fahrin." Ujar Irwan pula kepada ku. "Panggil aku Fahrin saja dah cukup. Tak pun abang kalau kau tak biasa." Pinta ku, kemudian aku berkata: "kau kena buat bersungguh-sungguh lain kali... Kau dah baca skrip aku betul-betul tak?" "Dah... Inilah skrip yang paling saya suka baca. Seronok saya membacanya, walaupun susah nak faham pada mulanya." "Terima kasih." Aku tersenyum. Aku lihat wajahnya berubah merah. Dia meraba-raba belakang tengkuknya. "Saya tak pernah dapat watak seperti ini. Watak ini mencabar." "Kau tak pernah bercinta, bukan?" tiba-tiba aku meluru bertanya. "Bercinta?" "Ya... Kau tak pernah bercinta." "Tak kot... Kenapa?" "Watak Zainol bercinta dengan Norlela. Bagaimana kau nak lakonkan watak ini jika kau tak pernah bercinta?" "Berlakon macam saya pernah lakonkan selama ini." Ujar Irwan. Matanya ada kala akan merenung ke arah Husna yang sedang duduk di sebelah ku yang selama ini diam mendengar perbualan kami berdua. "Bagaimana kau nak dalami satu-satu emosi jika kau tak pernah alami emosi tersebut?" "Saya tak faham-" "Kau perlu faham. Kau akan bawak watak ni nanti." Irwan kelihatan serba salah. Aku rasa mesti dia ingat aku marah kepadanya. Aku raba kocek aku. Aku keluarkan bekas menyimpan kad perniagaan aku. Aku serahkan kad perniagaan aku kepada Irwan. "Ini nombor aku. Kalau kau ada apa-apa pertanyaan tentang skrip aku ni, call jer. Takyah segan-segan." "Terima kasih." Kata Irwan. Dia berdiri kaku di hadapan ku. Lama dia diam begitu sebelum dia berani bersuara. "So... Lepas shooting petang ni, abang free tak?" "Free, tapi kenapa?" "Mungkin abang boleh jelaskan lagi kepada saya tentang watak Zainol yang saya kena bawak ni." "Boleh." Aku mengangguk. Aku berdiri. Aku meminta diri darinya dengan alasan aku mahu merokok. Husna mengekori aku dari belakang... Oleh Nizam Zakaria
|