|
Zire 71 Photo of the day!
|
2006-12-14 - 4:46 p.m. Novel Diva Dilla. Oleh Nizam Zakaria - Bahagian 18
Mama Rozza wartawan hiburan dari majalah Bintang Dilla pening kepala. Dia tidak pernah menyangka Zainal pengarahnya itu agak panas baran orangnya. Irwan dan beberapa pelakon lain sering dimarahinya kerana tidak mengikut arahannya. Dilla sendiri tidak berani menegur Zainal. Dia pernah mempunyai pengarah seperti Zainal ketika dia muda dulu yang langsung mengingatkan dia kepada pengalamannya sebagai seorang pelakon. "Teruk lah dia tu nok." Ucap Helle ketika sedang bersantai di dalam kafe yang terletak di KLPAC itu. "Sabar jelah." Sambut Dilla sambil mengipas-ngipas dadanya dengan majalah hiburan Manga. "Ada ke dia suruh mak jiwai watak lelaki lembut dengan lebih berkesan. Hello. Dia ingat mak ni baru dua tiga tahun berlakon ke?" "Itulah..." "Apa lah lelaki seteret macam dia tahu fasal lelaki lembut." "Seteret ke?" "Itulah kan... Sekarang mana boleh percaya lelaki-lelaki ni." Helle memeriksa kukunya. Matanya kini terus kepada Fahrin yang sedang duduk bersama Husna di tepi tasik yang terletak di tepi bangunan KLPAC. Fahrin sedang merokok sambil berbual-bual mesra dengan Husna. Helle tidak pernah melihat Husna berwajah girang seperti itu sebelum ini. Dia ketawa setiap kali Fahmi membuat lawak. "Helle... Kau tahu kan, wartawan hiburan dari majalah Bintang akan datang ke sini sekejap lagi." Beritahu Dilla dengan selamba. "Siapa?" "Alah, Mama Rozza." "Oh... Pondan molot nuraka jahanam tu. Kenapa dengan dia nyah? Dia nak interview siapa?" "Kau lah." "Mak?" "Siapa lagi..." "Eh, kenapa mak pulak? Bukan si Ida tu lagi glamor katanya? Dengan siri Samarinda dia yang tengah meletup kat TV3 tu lagi, bukan ke dia lagik vasst dari mak sekarang ni?" kata Helle dengan nada cemburu. "Sebab dia dah vasst lah aku nak kau pulak jadi vasst der vanduvar lepas ni." "Eh, tak payah susah-susah lah." "Helle... Aku nak kau promo kan sikit drama bersiri ni. Aku perlukan rating bila drama ni keluar nanti. Biar drama ni kalahkan rating sinetron Bawang Merah Bawang Putih yang entah apa-apa tu." "Nok... Apa kata mak tak payah di-interview. Kau nak rating sangat, kau letak saja watak pari-pari ke, dukun ke, jin ke, dalam Agenda.Ajinda.Cinta ni. Ini tidak, watak pondan jugak yang ada dalam drama bersiri ni, kan?" "Pondan ke, pari-pari ke... Sama spesies lah tu." Dilla menggigit bibirnya sambil memerhatikan kasut tumit tinggi berwarna merah yang baru sahaja dibelinya semalam. "Ish... Malasnya nak buat interview tak perlu macam ni!" "Well... You kena pergi ke Ulu Yam esok." "Ulu Yam? Whatever for?" "Sesi fotografi." "At Ulu Yam? Are you kidding?" "At least it's better than ambik gambar tepi kolam." "Oh my God! Ni mesti nak ambik gambar dengan t-shirt basah segala." "Dah tu?" "I am not going to do this just to be popular. I bukan macam Ida, tau!" "Alah... Sekali-sekali untuk publisiti, apa salah. Lagipun all is forgiven bila ada sub-heading: 'Helle tidak suka dianggap seksi' atau 'Helle akan mencari seorang suami yang soleh'." "Dah tu, gambar dengan tetek I selambak tetap lah ada dalam majalah tu." "Sex sells, dear." "Ye lah tu, kan? Lepas selak-selak gambar I separuh bogel, ada pulak ruangan soal-jawab agama kan?" Dilla tersenyum sendiri. Nak tak nak, Helle perlu melakukan apa yang dimintanya. Helle tidak mempunyai sebarang pilihan. Beberapa detik kemudian, mama Rozza berjalan seiringan dengan Jenny masuk ke dalam kafe. Dia terus tersenyum sebaik sahaja dia dapat melihat kelibat Dilla di situ. Mama Rozza, Dilla dan Helle berlaga-laga pipi. "Ida mana nok?" tanya Mama Rozza dengan sengaja kepada Dilla. "Dia baru saja balik. Scenenya dah selesai." "Oh, patutlah Helle ada di sini, katanya..." "Yer nok. Buat-buat tak tahu pulek." Sambut Helle. Sempat dia menjeling ke arah Helle. "Tentu Dilla dah beritahu you kan, I nak interview you." "Dah." "Esok you tak ada shooting, kan? Jenny kata you free." Helle mengangguk sambil mengeluh. "Kalau macam tu, esok kita jumpa kat Ulu Yam. Nak ambil gambar you kat sana." "Kalau ambil gambar kat sini jer tak boleh ke, Mama Rozza?" tanya Helle dengan lembut. "Alah, kat sana kan lagi cantik. Suasana segar. Oh, jangan lupa bawak you punya swimming costume dan t-shirt putih." "Haiyoh... Perlu ke, nyah?" "Alah, you jugak yang popular nanti, kan? Mrasa!" "Matilah kalau mak tak ikut kemahuan kau ni nanti kau kata mak ni pelakon yang sombong segala kan?" "Alah nok, ke mana lah para artis kat Malaysia ni kalau bukan kerana wartawan hiburan macam mak ni?" Dilla merenung ke dalam mata Helle dengan renungan yang tajam. Helle menelan air liurnya. Tekaknya terasa kering. Dia meneguk air mineral yang ada di atas meja. "Kau nak ambik gambar, ambiklah kat Ulu Yam tu. Tapi mak tak nak dedah-dedah sangat." "Settle." Ujar Mama Rozza dengan wajah puas. Dia mengeluarkan pen dan buku nota dari tas tangannya. Dia ingin memulakan wawancaranya dengan Helle secepat mungkin. Dilla meminta dirinya lalu mengikut Jenny ke Pentas 2. Penggambaran untuk scene terakhir untuk petang ini akan dimulakan tidak lama lagi. "So, bila lagi you nak kahwin?" itulah dia soalan pertama Mama Rozza kepada Helle. Soalan wajib yang pasti akan ditanyainya kepada setiap artis yang belum berkahwin yang diwawancaranya. Helle berpaling memandang ke luar. Sekali lagi dia memerhatikan gelagat Husna dan Fahrin. Mereka nampak gembira. Buat saat ini, alangkah baiknya jika dia berada bersama mereka dari terpaksa berhadapan dengan Mama Rozza, fikirnya di dalam hati. Oleh Nizam Zakaria
|