|
Zire 71 Photo of the day!
|
2006-09-25 - 7:39 a.m. Novel Diva Dilla. Oleh Nizam Zakaria - Bahagian 5
Sofiah kawan baik Fahrin yang banyak memberi kesan mendalam ke atas hidupnya Mula-mula mamat ni kata dia tak suka dengan perokok. Aku pulak jenis hisap rokok. Tapi dia tak kisah fasal ni semua bila dia jumpa aku. Aku hisap rokok tak putus-putus depan dia. Dia kata dia telah jatuh cinta dengan aku kali pertama dia bertemu dengan aku kat rumah aku. Aku jemput dia datang rumah aku dua hari kami berkenalan semasa berchatting di IRC. Masa tu, dia baru saja habis kelas malamnya. Dia tengah ambik Masters. Dia nampak malu-malu bila dia masuk ke dalam rumah aku. Aku kata dia tak payah nak malu-malu macam ni. Aku sempat tanya kalau dia selalu pergi rumah orang yang dia tak kenal malam-malam buta macam ni. Dia kata, tak. Kemudian aku tanya nama dia. Sebab aku masih tak tahu apa nama betul dia kerana sebelum ini aku hanya kenali dia dengan nick dia: 'abangfitmelayubtm7inch'. Dia kata nama dia Suhaimi. Dia berasal dari Pasir Mas, Kelantan. Suhaimi ni tak lah hensem mana pun. Biasa jer. Malam tu dia kata kat aku, dia tak layak untuk berjumpa dengan orang macam aku sebab dia anggap aku hensem dan orang-orang macam aku only go for our own kind. Aku kata aku dah muak dengar orang cakap macam ni kat aku. Lepas tu aku tunjukkan dia gambar ex aku. Dia kata ex aku tak hensem. "See, I rest my case." Kataku kemudian untuk membuktikan kepada dia, aku tak pandang pada rupa. Suhaimi akhirnya beritahu aku yang dia takut kena reject, nak-nak dengan orang-orang macam aku. Berbalik kepada ex aku. Memang dia bukan taste aku. Orangnya tinggi tegap. Kulitnya gelap sikit. Dia pernah belajar di US, di Columbia University. Masa aku mula-mula kenal dia, aku tak ada niat pun nak jumpa dia lagi. Macam aku cakap, he's not my type. Apa yang membuatkan aku nak keluar dengan dia lagi adalah apabila aku tersalah dengar kata-katanya: "I like to go out for drinks with my dear friends." Yang aku dengar: "I like to go out for drinks with my beer friends". Mati-mati aku fikir dia minum macam aku, jadi aku ada lah jugak kawan yang aku boleh ajak minum sama-sama masa clubbing. Rupa-rupanya dia bukan macam tu. Dia tak clubbing pun. On our second date, aku bawak dia balik rumah aku. On our third date, aku ajak dia tinggal terus dengan aku to see of we are compatible with one another. It took me a full six month sebelum kami declare as a couple. Selepas itu, aku terus sayang dia setengah mati. Sampai sekarang aku masih sayangkan dia - walaupun aku tak mahu tengok muka dia lagi sampai bila-bila. Malam tu Suhaimi went on and on talking about how people usually rejects him sebab dia tak hensem. Aku malas nak dengar benda ni semua, terus aku cium dia just to shut him up. Aku bawak dia masuk ke dalam bilik tidur aku. Sejam kemudian, aku mandi untuk bersihkan badan aku. Kami sama-sama duduk di ruang tamu. Dia nampak relak. Tak lagi nervous dan cakap bukan-bukan macam tadi. Dia pegang tangan aku. Dia tanya aku apa yang sebenarnya aku cari dalam hidup aku. Soalannya tu pelik sangat aku rasa. Aku kata aku tak tahu. Suhaimi kemudian tanya kalau aku takut duduk seorang diri. Aku menggeleng. Aku kemudian beritahu kepada dia sebelum ini aku tinggal dengan bf aku. Tapi kami telah berpisah setelah lima tahun kami hidup bersama. Kau bayangkanlah. Dia telah wujud di dalam hidup aku sejak aku mula-mula beli apartmen aku ini dulu. Dari apartmen aku ini berkonsepkan Zen (sebab aku tak ada duit nak beli perabot. Rumah aku kosong. Aku duduk atas lantai), kemudian Minimalist (aku akhirnya mampu beli beberapa perabot asas), kemudian Swedish Modern (sebab rumah aku akhirnya dipenuhi dengan perabot-perabot Ikea) dan kini Eclectic (sebab rumah aku kini caca merba dengan pelbagai jenis perabot yang aku kumpulkan selama ini). "Ex aku pergi sambung belajar ke UK untuk dapatkan Masters. Setelah beberapa bulan di sana dia akhirnya nak break off dari aku macam tu jer." Beritahuku kepadanya sambil memandang kosong ke kaca TV. Aku tak beritahu kepada Suhaimi yang sebenarnya ex aku dah rancang awal-awal untuk tinggalkan aku. Dua minggu sebelum dia ke luar negeri, dia bawak keluar semua barang-barang dia dari rumah aku. Pak kal lah air-cond yang dia belikan tu dah terpasang ke dinding, kalau tidak, benda alah tu pun nak dibawanya bersama. Di UK, dia telah menjalinkan hubungan dengan kawan aku sendiri yang telah ke sana untuk buat PhD. Kawan aku sendiri yang caras bf aku. Sial tak? Sebenarnya aku dah lama tahu fasal benda ni. Fasal ex aku ada scandal dengan kawan aku tu. Tapi aku buat-buat tak tahu. Aku harapkan he will come to his senses, but he never did. The bigger cock always wins. Suhaimi kata aku tak perlu fikirkan lagi tentang ex aku tu. Ex aku tu sah-sah tak sayang kan aku lagi sebab orang yang kita sayang tak akan buat macam ni kat kita. Betul cakap dia tu. Semalam, Suhaimi menangis fasal aku. Pada mulanya aku ingat dia menangis sebab aku tak mahu sentuh dia kerana terlalu kepenatan setelah kami berdua pulang lewat ke rumah setelah menonton persembahan teater aku. Rupa-rupanya fasal benda lain. Awal-awal pagi lagi dia dah minta diri untuk keluar dari rumah aku. Sepuluh minit kemudian aku terima SMS dari dia yang memberitahu kepada aku yang dia telah menangis di sebelah aku semasa kita tidur bersama. Aku tak perasan sebab aku telah tidur mati dek kepenatan. Dia kata dia ada jumpa bekas pembalut kondom dalam tong sampah aku. Itu yang membuat dia sedih. Aku kata, "well, at least now you know that I practice safe sex." Dia sedih sebab dia anggap aku istimewa di dalam hidupnya. Aku kata kita baru kenal. Ye lah, baru dua minggu aku kenal dia. Lagipun, dia bukannya bf aku. Takkan aku nak terus declare dengan dia walaupun kami sering berjumpa dalam masa dua minggu ini? Aku ceritakan fasal hal ini kepada Sofiah yang menjadi pelakon utama dalam persembahan teater aku tu ketika dia sedang bersolek di belakang pentas. Dia kata tak baik aku buat benda-benda ni semua kepada orang-orang yang cuba mendekati aku dan menyayangi aku. Dia mengingatkan aku bahawa aku tak pernah macam ni dahulu. Dia kata sejak aku berpisah dengan ex aku, aku jadi macam ni. Aku jadi manusia tanpa perasaan yang suka sangat mempermainkan perasaan orang lain. "Okaylah, kita cerita benda lain." Kataku kepadanya bila dia mula nak membebel mengingatkan aku bagaimana satu ketika dahulu aku pernah merasai cinta dan bercinta. "Suka hati kau lah." Jawabnya lalu menyapukan foundation ke wajahnya. Matanya sesekali akan memandang ke arah aku melalui cermin solek di hadapannya. "Semalam aku bermimpi... Weird gila mimpi aku tu!" "Mimpi fasal apa pulak ni?" "Aku mimpi, Kak Pah dengan Maria Callas berdiri atas pentas sambil menyanyi bersama-sama di atas pentas di Actors Studio ni. Aku tak ingat apa yang diorang nyanyikan. Tetiba diorang berhenti. Kak Pah memandang tepat ke arah aku lalu dia bisikkan sesuatu ke dalam telinga Maria Callas. Si Maria Callas ni pulak kemudian pandang kepada aku... Lepas tu kau tahu apa dia cakap?" "Apa dia?" tanya Sofiah macam nak gelakkan aku. "Salam ukhuwah Fahrin... Harap kamu sentiasa bertawakal dan muasabah diri or something like that. She actually asked me to bertawakal and muasabah diri with all the salam ukhuwah thingee. Aku terus bangun aku dari tidur aku kemudian aku cakap: Oh my God. Maria Callas boleh cakap Melayu!" Sofiah tergelak. Aku suka lihat dia tergelak macam tu. Aku rasa, sebab itulah yang menyebabkan aku nak rapat dengan dia dulu. Aku dah lama kenal dengan Sofiah. Dulu dia belajar University of Edinburgh dalam bidang ekonomi kemudian dia berhijrah ke London untuk bekerja di Morgan Stanley sebagai seorang penganalisis ekonomi. Sebenarnya dia tak perlu bekerja. Dia anak orang kaya, anak Tan Sri Razman Izani, seorang ahli korporat yang mempunyai berpuluh-puluh syarikat di bawah naungannya. Aku bertemu dengan dia ketika aku sedang tunggu bas sorang-sorang di Covent Garden pada tahun 1996. Tetiba masa tu dia sapa aku dengan berkata, "Eh, Melayu... Ada rokok?" Aku pandang dia atas bawah. Rambutnya pendek. Kulitnya putih. Wajahnya nampak macam Cina sikit. Dia pakai baju panas serba hitam dari Prada. Orangnya cantik dan bergaya. Aku rasa sebab dialah aku betul-betul bertekad nak jadi penulis. Dia yang galakkan aku menulis apa sahaja yang ada di dalam isi hati aku. Sofiah akhirnya mengambil keputusan untuk berhenti bekerja di Morgan Stanley pada musim panas 1997 lalu mengambil menjadi pelakon teater sepenuh masa. Dia pernah beritahu aku, satu hari nanti aku pasti akan buat benda yang sama macam dia. Sebab dia kata, dia dapat melihat sebahagian dari dirinya ada di dalam diri ku. "Helle lambat lagi lah ni!" rungut Sofiah. Dia ambil puntung rokok Davidoff dari dalam tas tangannya. Aku cepat-cepat bakar puntung rokoknya itu. "Alah, ada hal lah tu." Jawabku dengan pantas. "Inilah jadinya bila kau nak sangat ambil pelakon TV berlakon teater kau ni!" "Alah, sabar ler. Kalau dia tak ada, susah orang tak nak tengok persembahan teater macam ni. Malam ni full-house kau tahu tak?" "You are such a sell out lah, yang." Sofiah menjeling. Dia sedut puntung rokoknya dalam-dalam. "Cute boys cost money, dear. And they don't come cheap." kataku dengan selamba untuk menjawab kata-katanya tadi. "Sorry, lambat." Ujar Helle sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilik solek. Aku berpaling ke arah Sofiah. Dia mengetapkan bibirnya. Aku tersenyum. Aku bawak diri aku lalu keluar dari bilik ini. Oleh Nizam Zakaria
|