zire 71 photo
Zire 71 Photo of the day!


Dresanala II: Baladewa-x

 

Get your own
 diary at DiaryLand.com! contact me older entries newest entry

2006-10-06 - 12:55 p.m.

Novel Diva Dilla. Oleh Nizam Zakaria - Bahagian 7

Image Hosted by ImageShack.us

Seorang Gothic Lolita bernama Nana

Seorang Gothic Lolita yang sedang menggunakan eskalator dari arah tempat meletak kereta merenung ke arah ku. Kali terakhir aku tengok Gothic Lolita macam dia adalah ketika aku pergi merambu kat BB Plaza. Masa tu, aku sedang berjalan dengan Fadzil untuk cari baju pergi clubbing. Dia kagum melihat anak-anak gadis di KL ini yang cepat menangkap segala trend yang terbaru dari Harajuku and Shibuya, kecuali trend Ganguro (atau 'muka hitam'). Apabila awek-awek Harajuku dan Shibuya menggelapkan diri mereka dengan rambut yang diperangkan, tak ada pula awek-awek kat Malaysia ni yang mahu kulitnya gelap macam awek-awek kat Jepun ni.

Budak perempuan tu berjalan di sebelah Dilla, penerbit drama TV yang sensasi itu. Aku rasa Dilla tu mak dia. Wajah mereka seiras.

Selepas membeli rokok, aku terus ke Actors Studio. Fadzil dah ada di situ. Seperti biasa dia pakai t-shirt ketat bundle dia beli kat Chow Kit dan topi baret dia tu. Dia nampak macam manusia yang terseksa jiwanya begitu. Like a typical tortured artiste kata orang. Nak kata macam gayboy pun ada. Dia adalah di antara beberapa lelaki straight yang sering dianggap gayboy oleh people who don't know better.

Pernah sekali, akak Zeti yang bekerja satu ofis dengan aku tanya aku soalan cepumas ni: "Fahrin... Kawan kau tu gayboy ke?"

"Kawan mana ni kak?"

"Kawan kau yang selalu kakak nampak jumpa kau bawah bangunan ni masa time balik."

"Mana satu ni kak?"

"Budak yang lembut-lembut tu."

"Fadzil?"

"Hah... Gay ke dia?"

"Kalau dia gay, kenapa pulak, kak?"

"Ish... Jangan lah kau kawan dengan dia kalau dia gay, Fahrin. Nanti kau pun dia jadikan gay. Kan gay ni macam penyakit berjangkit. Dah ramai budak-budak kat KL jadi gay cara ni."

"Oh yer ke?"

"Ya, Fahrin!" kata Kak Zeti bersungguh-sungguh. "Takut kakak tengok tetiba kau pulak jadi lembut. Itu satu. Selisih malaikat 44 kalau kau suka lelaki macam budak-budak gay ni. Ish! Jijik lah."

"Kan?" sambut ku pendek. Lepas tu aku tak tegur lagi Kak Zeti macam biasa.

Fadzil adalah seorang gay acting heterosexual man. Seorang metrosexual. Sebenarnya dia tak lah lembut mana pun. Dia macam Woody Allen Melayu. Dia seorang penulis yang baik. Aku rasa, dia boleh menulis lebih baik dari aku. Dia dah ada dua buah novel sci-fi yang sudah diterbitkan. Tapi namanya tak terkenal sebab kat Malaysia ni, tak ada orang yang minat membaca novel sci-fi - dan inilah satu tragedi kehidupan yang terpaksa ditelannya.

Fadzil mahu merasai cinta. Dia mempunyai pelbagai teori cinta dan cara untuk mendapatkan cinta yang dicarinya itu tetapi tak pernah dipraktikkannya sama sekali. Dia tak pernah ada awek. Aku yang tak ada nafsu dengan perempuan ni pun pernah ada awek satu ketika dahulu.

Fadzil suka lepak-lepak dengan aku sejak dia kenali aku lebih tiga tahun lepas. Masa tu aku pergi ke One Utama lalu aku ternampak seorang Trekkie bertudung (dia pakai baju Kapten Kathryn Janeway dari Star Trek Voyager), aku ekori dia dari belakang. Dia masuk ke dalam cafe Yippee Cup, yang terletak berdekatan dengan panggung wayang tu. Di situ, aku nampak beberapa orang Trekkie memakai uniform Star Trek yang telah mereka tempah khas. Masa tu lah aku berkenalan dengan Fadzil (hari tu dia pakai pakaian Leftenan Komander Data dari Star Trek The Next Generation). Dia fikir aku adalah salah seorang ahli egoups Malaysian Sci-fi yang telah datang untuk menghadiri perjumpaan mereka di situ. Sebab aku nak makan free, aku kata ya. Aku terus rapat dengan dia hari tu sebab aku dapat tahu dia penulis macam aku.

"Ramai jugak orang yang datang malam ni kan?" ujar Fadzil kepada ku di lobi Actors Studio.

"Tu lah... Sebab Helle tu berlakon. Fasal tu lah. Semua datang sebab nak tengok dia berlakon." Kataku dengan jujur.

"Eh, awek tu cun lah."

"Mana satu?"

"Tu... Awek pakai tudung biru tu."

"Kalau cun, kau pergi berbual lah dengan dia."

"Tak nak lah."

"Kau nak aku start a conversation dengan dia tak?"

"Eh tak payah lah."

"Umur kau dah berapa, Fadzil sayang..."

"Kan aku dah banyak kali beritahu... Aku setahun jer lebih muda dari kau."

"30-"

"Ye lah. Dah tu?"

"Aku ada kawan umo macam kau anak dah masuk tadika, tau!" kataku sambil menggaru-garu janggutku. "Kalau aku straight macam kau, dah lama aku kahwin."

"Hek elleh. Kalau kau straight pun kau akan buaya macam sekarang ni!"

Aku langsung tak ambil hati bila dia cakap macam ni. Aku keluarkan kotak rokok yang aku baru beli tadi. Aku nak isap rokok.

"Fadzil... Kau masih duduk dengan mak bapak kau." Kataku kemudian menghisap rokok, walaupun aku tahu aku tak boleh merokok di sini.

"Salah ke?"

"Tak salah... Untung diorang dapat kau, kan? Ye lah, anak kesayangan diorang masih duduk sama-sama walaupun makan minum kau diorang masih tanggung."

"Kau ni... Suka sangat perli aku macam ni."

"Do you have a lighter?" tiba-tiba seorang anak ikan mat saleh tegur aku. Aku berikan dia lighter yang dia nak pinjam tu. Dia nampak macam mat rempit versi mat saleh dengan rambutnya yang berekor dan tubuhnya yang kurus tu. Sekali imbas muka dia ada iras-iras Ashton Kutcher.

"Kau nak tahu macam mana aku buat mental culcalation bila aku tengok lelaki macam anak ikan mat saleh depan kita ni?" tiba-tiba aku berbisik kepada Fadzil.

"Macam mana?"

"Dalam masa dua saat, aku akan buat keputusan sama ada aku nak ajak dia main dengan aku atau tidak. Empat saat kemudian, aku akan beri keputusan jika dia aku boleh jadikan calon bf, fuck buddy ataupun untuk one night stand."

"Dan pada saat-saat seterusnya?"

"Dalam masa lima belas saat aku dah boleh buat andaian jika dia berminat dengan aku atau tidak."

"Your fifteen second is over, kawan."

"I know." Kata ku lalu menjeling ke arahnya. Aku pergi mendapatkan anak ikan mat saleh tadi. Aku tahu sejak tadi lagi dia dah perhatikan aku dari jauh. It took a lot of guts untuk budak muda macam dia untuk cuba dekati aku. Tadi dia cuba juga.

Aku tanyakan kepadanya jika dia dah lama duduk di Malaysia. Dia kata baru dua tahun. Bapaknya seorang Pengurus Besar sebuah syarikat IT dari Amerika Syarikat yang mempunyai cawangan di Kuala Lumpur. Dia sedang bercuti. Banyak dari masanya dihabiskan di Singapura kerana dia menuntut di United World College. Aku berikan kad aku kepadanya. Dia tersenyum. Aku tahu dia tersenyum kerana dia telah pun dapat apa yang dimahukan.

"Jom masuk dalam." Saranku kepada Fadzil. Dia mengangguk.

"Sejak bila kau minat mat saleh ni? Kau kan jenis tak makan benda-benda yang tak ada tanda halal, katanya."

"Kau ingat Idris jer boleh mengangkang dengan mat saleh kat UK tu?"

"Dah lah tu, Fahrin. You have to move on lah. Dah nak dekat setahun dia tinggalkan kau."

Kata-kanya aku biarkan terus tenggelam di dalam kepala aku. Dia tak mungkin faham hampir setiap saat di dalam hidup aku ni aku akan terfikir tentang ex aku. Ke mana-mana aku pergi aku akan teringatkan kepada segala apa yang pernah kami lakukan dan lalui bersama. Pagi tadi aku rasa murung memikirkan bagaimana sebelum ini aku pernah impikan saat-saat aku dapat buat dia rasa bangga dengan aku apabila aku akhirnya berjaya mementaskan skrip teater aku. Tapi semua ini tak berlaku seperti mana yang aku impikan.

Aku duduk di bahagian paling belakang tempat duduk yang ada di Actors Studio. Aku perhatikan mereka yang datang untuk menonton pementasan ini satu persatu. Jiwa aku kosong. Aku tak dapat rasakan apa-apa, walaupun selama ini aku bayangkan dalam saat-saat ini aku sepatutnya akan rasa gementar dan teruja. Mungkin ketika aku fikirkan tentang ini semua, aku bayangkan ex aku duduk di sebelah aku. Dia yang akan redakan perasaan yang aku fikirkan akan melanda jiwa aku.

Ketika itulah aku dapat melihat gadis Gothic Lolita masuk ke dalam teater. Dia duduk di bahagian hadapan dengan ibunya. Beberapa detik kemudian, cahaya di dalam panggung digelapkan.

Setelah selesainya persembahan tanpa intermission ini, aku terus cepat-cepat keluar dari panggung. Aku cepat-cepat mahu merokok. Aku harap penonton yang hadir sekurang-kurangnya rasa wang yang mereka gunakan untuk menonton persembahan aku ini berbaloi. Lagipun harga tiket bukannya murah.

Sofiah keluar ke lobi untuk menemui aku. Dia disapa oleh beberapa orang penonton yang memberitahunya bahawa mereka cukup-cukup terhibur menyaksikan persembahannya tadi.

"Rokok, rokok... Cepat!" katanya kepada ku. Aku terus menyerahkan kepadanya rokok yang baru sahaja aku hisap.

"Sofiah. You memang da bomb!" kata Fadzil. Sejak tadi aku harap kalimah-kalimah klise macam ni tak terkeluar dari mulut dia.

"Can you be more specific when you want to describe my performance?" kata Sofiah. Aku dah agak dah. Fadzil berdiri terkebil-kebil. Aku tersenyum.

"You were wonderful as usual, sayang." Kataku kepada Sofiah.

"Fahrin... Come here for a while dahhling!" Helle melambaikan tangannya ke arah ku.

"Oh God!" Sofiah menjelingkan matanya ke atas. Aku tahu dia sebenarnya tak nak aku biarkan dia bersama Fadzil yang dianggapnya terlalu weird itu.

Aku berjalan ke arah Helle. Dia ada bersama Gothic Lolita yang terus menerus merenung ke arah ku.

"Fahrin. Ini Puan Dilla. Hasnah ni pula anaknya."

"Hello." Aku bersalaman dengan mereka berdua. Hasnah meminta aku memanggilnya dengan panggilan Nana.

"Dan ini pula Miss M. Make up artiste extrodinaire dan Irwan, pelakon muda yang teramatlah overexpose."

"Hello." Kataku. Dalam masa tak sampai sesaat gaydar aku berdering. Gaydar aku bukan berdering kerana Miss M. Dia tu dah sah-sah bengkok. Gaydar aku berdering untuk Irwan.

Dalam masa dua saat, aku ambil keputusan bahawa aku memang nak main dengan dia. Empat saat kemudian, aku rasa dia ni special case. Dia bukan untuk aku jadikan calon bf, fuck buddy atau one night stand. Nanti aku akan beritahu kenapa. Dalam detik kelima belas saat, aku tahu bahawa dia mahukan aku lebih dari segala-galanya dalam dunia ini.

"Puan Dilla ni penerbit drama TV-"

"Saya tahu, kak Helle."

"Dia tengah cari skrip."

"Okay... What has it got to do with me?"

"Boleh tak Fahrin sediakan sinopsis untuk saya?" Dilla bersuara. "Sinopsis untuk drama TV 13 episod."

"Sinopsis?"

"Saya ada baca interview abang Fahrin kat sebuah blog ni... Abang kata abang ada siapkan sebuah skrip filem yang abang tulis suka-suka." Kata Nana dengan matanya bulat penuh harapan.

"Oh... Skrip tu. Memang ada. Jadi kenapa?"

"Oh, kalau dah ada skrip lagi bagus. Nanti panel skrip kami boleh menilainya." Ujar Dilla.

Panel skrip? Aku perlu dinilai dahulu oleh some talentless hacks that can't even write decently sebelum karya aku diterima? No way!

"Saya sebenarnya lebih berminat untuk cari penerbit filem. Maaf ya, puan Dilla." Kataku cuba memberanikan diriku. Kemudian aku pandang ke arah Sofiah. Dia merenung ke arah ku dengan pandangan penuh curiga. Kemudian aku raba-raba janggutku. Aku fikirkan tentang hutang kad kredit, hutang kereta dan rumah yang perlu aku bayar. Aku dah tak bekerja lagi. Aku perlukan sumber pendapatan yang membolehkan aku hidup macam manusia biasa.

Aku lihat Helle nampak sedikit kecewa dengan aku. Dia menoleh ke arah Dilla. Wajah Dilla juga kecewa.

"Abang Fahrin... Abang Fahrin boleh tandatangan program book saya ni?" tanya Nana dengan lembut ke arah ku. Aku kata aku tak ada pen. Dia keluarkan sebatang pen dari kocek seluarnya. Aku berjalan ke kaunter tiket agar aku dapat menandatangani buku program kepunyaannya.

"Okay. Dah. Terima kasih sebab sudi tonton persembahan ini."

"Abang nak jadi penulis lakon layar kan. Bukan itu cita-cita abang selama ni?" tanya Nana kepada ku.

"Ya. Itu memang cita-cita abang. Jadi kenapa Nana?"

"Abang ada quote kata-kata Nietzsche dalam interview abang tu-"

"I did?"

"He who would learn to fly one day must first learn to stand and walk and run and climb and dance; one cannot fly into flying."

"I did, didn't I?"

"Abang tak bolehlah tiba-tiba fikir abang boleh jadi penulis lakon layar. Mula-mula abang kenalah belajar untuk berdiri, kemudian berjalan dan berlari sebelum abang boleh terbang. Apa kata abang mulakan semua ini dengan menulis skrip untuk mak saya. Lepas tu, saya pasti peluang untuk abang menulis lakon layar untuk filem akan terbuka luas."

"Tapi-"

"Saya memang dah lama ikuti perkembangan abang. Saya tahu abang memang berbakat. Lepas saya tengok persembahan hari ini, saya rasa abang boleh pergi jauh lagi dari apa yang abang buat selama ini jika abang diberikan peluang. Mama mahu berikan peluang ini kepada abang. Jadi gunakanlah peluang ini sebaik mungkin."

Sekali lagi aku berfikir tentang bil-bil yang perlu aku bayar. Mak aku selalu nasihatkan aku supaya jangan berhutang, tapi semalam aku dah max kan kad kredit aku bila aku pergi beli baju yang aku pakai hari ni di Zara.

"Okay. Give me your e-mail." Kataku. Aku berikan pennya agar dia dapat tulis alamat e-mailnya itu di lengan aku. Nana tersenyum.

"Malam nanti abang akan e-mailkan screenplay yang abang tulis tu. Nana baca. Tell me if it's good."

"Okay." Kata Nana langsung terukir senyuman pada wajahnya.

Nana terus berjalan mendapatkan ibunya. Aku memandang ke arah Helle, kemudian ke arah Dilla sebelum aku merenung ke arah Irwan buat dua saat sebelum dia menoleh ke arah lain.

"Nanti, if you change your mind. Hubungi saya." Ujar Dilla. Dia menyerahkan kadnya kepadaku. Aku serahkan kad aku kepadanya.

Aku meminta diri. Aku jalan beberapa tapak ke hadapan. Anak ikan mat saleh yang aku temui tadi menahan ku.

"You didn't tell me that you're the playwright." Katanya sambil tersenyum. Dia menunjukkan aku buku program yang terkandung gambar aku di dalamnya.

"Well, you never asked."

"Do you want to go for a cuppa downstairs? I really want to ask you a few things about the play..."

Ketika anak ikan mat saleh ni sedang membebel, aku menoleh ke arah Irwan. Aku dapati dia sedang memerhatikan aku dari jauh. Dia terkebil-kebil melihat anak ikan mat saleh ni cuba usha aku depan mata dia. Aku menarik nafasku dalam-dalam. Irwan bakal aku gunakan untuk kepentingan diri aku sendiri. Bagaimana aku akan menggunakannya, semua ini aku tak boleh beritahu sekarang. Biarlah semua ini aku rahsiakan dahulu.

"Well, sorry I can't. I have a cast party to attent to after this."

"Oh." Anak ikan mat saleh ni nampak kecewa.

"But you are welcome to come along if you want to." Kataku kepadanya yang namanya aku dah lupa dan aku pasti akan lupa setelah aku bawa dia pulang dari rumah ku pada esok pagi.



Oleh Nizam Zakaria

previous - next

about me - read my profile! read other Diar
yLand diaries! recommend my diary to a friend! Get
 your own fun + free diary at DiaryLand.com!