zire 71 photo
Zire 71 Photo of the day!


Dresanala II: Baladewa-x

 

Get your own
 diary at DiaryLand.com! contact me older entries newest entry

2006-10-06 - 12:56 p.m.

Novel Diva Dilla. Oleh Nizam Zakaria - Bahagian 9

Image Hosted by ImageShack.us

Tayangan filem Sidney Lumet untuk penulis-penulis yang lapar

Aku beritahu kepada Kamal budak UNITEN yang dah sebulan aku kenal tu aku dah lama kenal dengan Roslan. Aku kenal si Kamal ni sejak dia menuntut di UM dahulu sehinggalah sekarang. Dia juga penulis macam aku. Dia menulis ulasan buku, filem dan teater untuk sebuah akhbar terkemuka.

Aku tekan butang loceng kondo yang didiami Kamal. Dia mengambil masa untuk membuka pintunya.

"Ramai orang ke?" tanya Roslan kepada ku. Aku rasa dia segan nak masuk ke dalam.

"Entah." Jawabku pantas. "Takyah seganlah. Kita datang sini tengok DVD jer."

"Cerita apa?"

"Filem Sydney Lumet. Dog Day Afternoon. Pernah tengok cerita ni?"

Roslan menggeleng. Keningnya berkerut.

Kamal membuka pintu. Dia tersenyum melihat kehadiran ku. Aku menjenguk ke dalam rumahnya.

"Oh, Kamal... Ini Lan." Kataku dengan suara rendah. Aku menoleh ke arah Roslan. Dia tersenyum malu-malu.

Kamal menjemput kami masuk. Aku tersenyum ke arah Nurdiana yang sedang duduk di sebelah Fadzil. Nurdiana banyak menulis tapi tak satu pun tulisannya yang mahu dibukukan oleh penerbit-penerbit buku di sini. Walaupun begitu, aku tak pernah lelah untuk memintanya supaya terus menulis, kerana di Malaysia, kita perlu ada banyak penulis-penulis sepertinya. Jika Nurdiana menulis di Indonesia, pasti namanya akan seangkatan dengan penulis-penulis Indonesia seperti Ayu Utami, Dewi Lestari dan Djenar Maesa Ayu yang terkenal dengan sastera kaum perempuan urban. Tapi dia menulis di Malaysia. Jika dia mahu tulisannya dibukukan di sini, dia perlu menulis novel-novel cinta penuh dengan kisah pasrah/jiwang/sindrom-Cinderella.

"Itu ke budak kau you cakapkan tu?" bisik Nurdiana ke telinga ku sebaik sahaja aku duduk di sebelahnya.

"Hah?"

"Alah, kau cakap kau ada kenal budak intelligent gila tu."

"Ya. He's the one."

"Cute."

"I know... Sebab tu aku bawak dia ke sini." Kata ku sambil menjeling ke arah Roslan yang sedang duduk berseorangan di atas kerusi bean bag menghadap ke kaca TV.

"You kan... Everytime I see you, mesti dengan orang baru."

"Salah ke?"

"Tak Salah..." Nurdiana tersenyum sendiri. "Eh, muka dia ada iras-iras Micheal Owen versi Melayu, kan?"

"Ye ke?"

"Ye lah... Muka dia macam Micheal Owen bila dia mula-mula nak naik dulu."

"Entahlah... Aku tak pernah perasan benda tu semua."

"Where is he originally from?"

"You know what... The reason why he is with me is because he is playing for the other team, if you know what I mean."

"Tahu leh... Ish dia ni!"jengkel Nurdiana. "Aku nak tahu jer fasal dia... He looks like a nice guy."

"Kau tanya lah dia sendiri."

"Aku dapatkan jawapan ni dari kau tak boleh ke?"

"Tumpat. Kelantan."

"Micheal Owen versi Tumpat lah ni..."

"Dia lebih cerdik dari yang kau fikirkan." Bisik Fadzil tiba-tiba ke telinga Nurdiana.

"And please don't get him started, okay?" pinta ku kepada Fadzil. Aku tahu Fadzil suka sangat berborak dengan Roslan. Kali terakhir mereka bertemu, mereka berbual tentang teknologi nano sampai ke pagi. Roslan adalah seorang pelajar Kejuruteraan Elektrik dan Eletrikal dari UNITEN dan Fadzil pula suka kepada apa-apa yang berkenaan dengan teknologi. Pertemuan mereka dahulu umpama bertemu mura dengan tedung, gamaknya.

Aku ke dapur. Aku dapati Kamal sedang menyediakan salad agar kami semua, the so called 'Starving Artiste' dapat mengisi perut kami sambil menonton filem DVD yang akan ditayangkannya nanti.

"So is he new your boyfriend?" tanya Jamal, bf si Kamal, seorang copywriter yang bekerja untuk sebuah syarikat pengiklanan terkenal. Mereka berdua ni macam kembar. Nama pun nak dekat sama. Dua-dua sama tinggi. Rambut potong pendek dan ada goatee.

"Who?"

"That cute boy kat luar tu."

"No he's not... But please don't tell him that." Kataku sambil meratah buah tomato kecil dari dalam mangkuk salad.

"Kenapa... Dia dah anggap yang dia dah bercouple dengan kau?"

"As always..."

"How come you always ended up with boys like that and I ended up with, well... Kamal?" Tanya Jamal separuh berseloroh. Dia tersenyum sambil memandang ke arah Kamal.

"Because he has nothing to loose. And boys like Lan are into men who are confident berani mati macam dia." Sampuk Kamal.

"Berani mati apa ni, wei."

"Yer lah... Berani mati usha budak-budak macam ni."

"It was the other way around lah. Dia yang nak kenal-kenal dengan aku... Aku layan gitu-gitu jer."

"I have a theory... Gay men are like cats. The more you ignore them, the more they want to seek love from you." Ujar Kamal membentangkan teorinya.

"Kamal... Kau ingat tak skrip yang aku bagi kau baca awal tahun lepas?" kataku sengaja mengubah corak perbualan mereka.

"Cerita fasal ghazal party tu ke?"

"Ya."

"Jadi kenapa?"

"Tak lama lagi, cerita ini akan dijadikan drama bersiri..."

"Kau biar betul!" Kamal mengelap tangannya. Dia meminta Jamal menghidangkan tortilla chips kepada Roslan, Nurdiana dan Fadzil yang sedang bersantai di ruang tamunya.

"Ya..."

"Tapi... Skrip kau tu skrip filem."

"Aku kena ubah sikit."

"Bukan ubah sikit tu... Ubah banyak."

"I'm working on it, dear..."

"Tapi cerita tu lagi cantik kalau dibuat filem."

"I know."

"Sayang lah."

"Aku terpaksa buat ini semua... I have to start somewhere."

"Itulah... Aku faham." Kata Kamal. Dia mengambil sebotol air sirap oren lalu dituangkan ke dalam jag kaca di atas kabinet dapur. "Siapa yang akan terbitkan drama bersiri kau tulis ni."

"Ermmm..."

"Alah cakap je lah. Tu pun kau nak berahsia ke?"

"Dilla."

"Apa?"

"Alah Dilla yang kau dok kutuk-kutuk kata dia pencemar budaya segala tu."

"Jee-ses!"

Aku menoleh ke luar dapur. Aku perhatikan Roslan duduk di tengah-tengah sofa bersama Nurdiana dan Fadzil. Dia sedang ligat berbual dengan mereka berdua. Dia memandang ke arah ku.

Kemudian dia membisikkan sesuatu kepada Nurdiana sambil merenung ke arah ku. Mereka berdua ketawa berdekah-dekah.

"She's not as bad as you think she is lah, Kamal." Kataku kepadanya.

"Jadi kenapa tetiba jer dia nak kau jadi penulis skrip drama bersiri terbaru terbitan dia?"

"Sebab kau."

"Sebab aku?"

"Sebab artikel kau lah yang buatkan dia mahu buat satu produk untuk TV yang lebih berkualiti dan bermakna."

"Belum apa-apa lagi you already start talking like a second-rate copywriter."

"Macam laki kau lah kan?"

"Yeah, you already sounded like him it's creepy, sundels!"

"Cakaplah apa ko nak cakap, Kamal..."

"Jadi apa yang buat kau bersetuju untuk menulis untuknya?"

"Dia beri aku segala kebebasan untuk menulis."

"Ye ke?"

"Dan aku mintak dia tunaikan beberapa syarat yang aku keluarkan untuknya."

"Apa syarat-syaratnya?"

"Aku minta dia ambil Sofiah sebagai pelakon. Zainal Zain sebagai pengarah dan Raja Shamsir sebagai Director of Photography."

"Fuyoo!"

"I know... Ala-ala dream team, kan?"

Aku sebenarnya dah lama meminati karya-karya Zainal Zain. Dia berumur dua tahun lebih muda dari aku. Dia pernah menuntut di New York University dalam bidang perfileman. Selama ini dia terkenal dengan video muzik yang diarahnya untuk beberapa orang artis terkenal. Bagi aku, style arahannya hampir-hampir menyerupai arahan pengarah muzik video terkenal, Mark Romanek. Dia tidak mempunyai pengalaman mengarahkan filem mahupun drama TV. Dia juga terkenal kerana sifatnya yang panas baran. Aku sengaja mahu Dilla mengambilnya sebagai pengarah kerana aku rasa, hanya dia seorang sahaja yang mampu mengarahkan sesuatu skrip yang kompleks seperti skrip aku nanti.

Dari segi visual pula, aku tak dapat fikirkan orang lain selain dari Raja Shamsir sebagai Director of Photography (DOP) untuk memberikan satu visual yang indah di dalam drama Agenda.Ajinda.Cinta. Raja Shamsir masih berusia 27 tahun. Dia telah memulakan kariernya sebagai pembantu pakciknya - seorang DOP bebas yang banyak terlibat di dalam bidang pengiklanan sejak dia selesai mengambil peperiksaan SPMnya. Sejak dia berusia 19 tahun, dia telah bertanding di beberapa buah pertandingan filem-filem pendek di Kuala Lumpur. Aku pernah menemuinya. Budaknya lalok sikit. Sampai sekarang aku tak faham bagaimana budak Rasta kaki ganja macam dia ni mampu menghasilkan sinematografi yang indah.

"Jadi Dilla setuju dengan syarat-syarat yang kau beri kepadanya ni?"

"Haruslah!"

"I smell a disaster coming."

"Kau ni pesimis sangat, lah."

"Okay. Whatever."

"Remember... Before this cerita-cerita dia rubbish in rubbish out. Kau sendiri cakap dulu, kan? Sekarang yang tulis skripnya aku. Yang direct Zainal Zain. Raja Shamsir jadi DOP."

"Entahlah... Aku dengar bila Dilla buat filem, dia suka sangat potong kos itu dan ini."

"I need this break, Kamal."

"Okaylah... Aku faham. Just do your best."

"Idris dah balik dari Oxford." Kataku tiba-tiba.

"Apa?" tanya Kamal seperti tak percaya. "It has been a year, hasn't it?"

"Dia dah balik... Dia call aku semalam."

"Dah tu, apa kau kata?" Kamal memperlahankan suaranya. Dia menjenguk ke ruang tamu. Jamal pernah menuntut seuniversiti dengan Idris di Kota New York satu ketika dahulu. Mereka tidak pernah berkawan rapat walaupun seuniversiti. Aku sendiri tak tahu kenapa.

"Dia mahu kami berkawan... Aku tak mahu. Aku tak sanggup. Aku beritahu kepadanya... Aku tak mahu dia hubungi aku lagi sampai bila-bila."

Kamal mengeluh. Dia menepuk-nepuk bahuku. "Are you okay?"

"No, I'm not. Aku menangis lagi fasal dia pagi tadi."

Kamal Mengeluh. Dia mengajak aku keluar dari dapurnya lalu ke meja makan. Dia menjemput aku dan tetamu-tetamunya makan sambil kami menonton DVD Sydney Lumet yang ingin ditayangkannya malam itu.

Aku duduk di sebelah Roslan. Aku rasa dia tak tahu bahawa malam ini adalah malam terakhir aku mahu menghabiskan masa ku bersamanya.


Oleh Nizam Zakaria

previous - next

about me - read my profile! read other Diar
yLand diaries! recommend my diary to a friend! Get
 your own fun + free diary at DiaryLand.com!