zire 71 photo
Zire 71 Photo of the day!


Dresanala II: Baladewa-x

 

Get your own
 diary at DiaryLand.com! contact me older entries newest entry

2006-09-25 - 7:33 a.m.

Novel Diva Dilla. Oleh Nizam Zakaria - Epilog

Image Hosted by ImageShack.us

Faks terakhir Fahrin yang menyebabkan dia kena buang kerja dan akhirnya jadi seorang penulis skrip sepenuh masa

Akhirnya. Kak Zeti satu opis dengan aku tu kata (alah, Kak Zeti yang cuba nak jual lipstik Avon kat aku, dah tu cakap aku boleh hadiahkan kat awek aku si Sofiah, yang sebenarnya kawan baik aku yang lesbian tu), kisah Mawi dan Ina putus tunang sebenarnya rekaan semata-mata agar dapat dijadikan jalan cerita untuk sebuah rancangan realiti yang akan 'dilakonkan' oleh mereka berdua.

"Eh, betul ke kak?" aku tanya balik. Aku buat-buat minat nak tahu sebab aku selalu rasa bersalah sebab aku suka makan biskut yang dia simpan dalam pantry.

"Itulah. Akak tak suka lah macam ni."

"Tapi betul ke kak cerita ni?"

"Entahlah, tapi kakak punya kawan, punya kawan, punya sepupu, punya kawan baik yang forwardkan kisah ni kat akak."

"Forwardkan kisah e-mail lah ni?"

"Ye lah, dah tu?" kata Kak Zeti. Dia tenung muka aku macam aku tak reti bahasa.

"Semalam saya mimpi fasal Mawi." Tetiba aku tercakap fasal mimpi aku. Terus aku menyesal sebab aku harap dia tak fikir benda lain.

"Mimpi apa ni Fahrin?"

"Saya mimpi Mawi ada girlfriend, takdelah lawa sangat. Tapi dia sayang gila kat girlfriend dia tu."

Kak Zeti diam jer. Dia nak aku sambung agaknya. Ye lah, mana tahu aku nak cerita benda-benda separa lucah pulak kat dia yang melibatkan Mawi dan girlfriend baru dia dalam mimpi aku.

"Saya mimpi fasal dia sebab semalam bila saya pergi MPH MidValley, muka Ina ada kat dua-tiga majalah wanita. Mana-mana saya toleh nama Ina ada. Pagi tadi saya bukak surat khabar pun muka dia ada, kak!" Kataku, walaupun aku sebenarnya tak payah cerita kat dia aku pergi ke MPH semalam (sebab aku nak jumpa sorang chatter kat situ yang berakhir dengan chatter tu balik ke rumah aku, dan yang lain tu kau fikir sendiri).

"Itulah kan. Dah femes betul Ina tu sekarang."

"Kalau saya jadi Ina dan boyfriend saya Mawi... Ermm..." Aku berhenti buat dua saat untuk baca mimik muka dia. Tak ada apa-apa perubahan. Jelas yang dia mahu aku sambung kata-kata aku tadi walaupun kalimah "boyfriend saya Mawi" terus bergema dalam kepala aku dan mahu sahaja aku ganti nama Mawi tu dengan nama-nama balak yang aku suka - buat minggu ini.

"Ye lah, apa dia? Kalau kau Ina apa kau nak buat, Fahrin!"

"Kalau saya jadi Ina saya nak let go jelah. Ye lah, kalau orang tak suka, kan... Nak buat apa kita terlalu mengharapkan cinta yang dah tak ada." Bila aku kata macam ni, susah nak aku telan air liur aku. Sebab aku pun pernah kena tinggalkan macam tu jer oleh lelaki yang aku sayang setengah mati. Sampai sekarang aku tak boleh 'let go'. Sampai sekarang aku tak boleh 'move on'.

"Alah mana kau tahu. Kau tu lelaki."

"Tapi saya woman kak! Saya memahami hati seorang wanita! Percayalah!" nak ajer aku jerit-jerit kat dia macam tu. Lepas tu, aku terus menyanyi ala-ala muzikal yang layak dimainkan kat Istana Budaya dengan lagu oleh Dick Lee dan lirik oleh Roslan Aziz. Tapi aku diam jer.

"Lelaki memang macam tu... Mana nak cukup dengan apa yang ada. Nak-nak jenis yang hensem macam kau ni. Mana boleh percaya. Habis anak dara orang kau kecewakan nanti!" Kak Zeti menjeling kepada ku. Terus aku dibebani oleh dosa-dosa setiap lelaki di muka bumi ini.

Kak Zeti duduk kembali ke kubikelnya. Aku terus berdiri di tepi mesin faks. Aku pandang dia lama-lama. Gambar anak-anak dan suami dia ada di atas mejanya. Aku lihat, dia sedang membuka forum Cari. Dia sedang mengikuti Gosip tentang Mawi dan Ina dengan tekun.

"Akak rasa minggu depan hari Isnin akak nak ambik cutilah Fahrin." Katanya tanpa berpaling ke arahku.

"Kenapa Kak?"

"Kan Siti nak kahwin. Nanti ada siaran langsung kat TV, kan? Akak nak tengok." Beritahunya.

"Ambik lah kak. Cuti akak kan, banyak lagi." Kataku. Aku pandang kat pejabat boss aku. Dia tak ada di situ. Terus aku tekan butang 'send' untuk hantar faks skrip teater kat direktor aku.

Pejabat aku yang selalu sunyi itu kini dibebani dengan bunyi mesin faks yang sedang menghantar beberapa muka surat tambahan kepada teks skrip aku. Aku menarik nafas aku dalam-dalam. Boss aku pernah bagi warning kat aku supaya jangan guna harta pejabat untuk kerja-kerja luar aku, tapi aku tak pedulik. Kalau dia dapat tahu fasal benda ni dan nak buang aku, buanglah. Aku dah tak peduli lagi...

Oleh Nizam Zakaria

previous - next

about me - read my profile! read other Diar
yLand diaries! recommend my diary to a friend! Get
 your own fun + free diary at DiaryLand.com!