|
Zire 71 Photo of the day!
|
2005-10-26 - 8:18 a.m. Novel Halimunan oleh Nizam Zakaria: Bab 14
Pintu Dimensi Ajaib Sebaik sahaja aku pulang dari tempat kerja pagi itu aku terus masuk ke dalam bilik ku. Aku duduk sambil memandang ke arah dua ekor ikan emas yang baru aku beli semalam. Seperti biasa, ikan emas yang cacat itu akan dibantu oleh rakannya untuk berenang. Mereka saling membantu. Si cacat tu masih hidup lagi dan tak mati seperti mana yang diramalkan oleh apek yang jual ikan-ikan ini kepada ku. U'olls mesti ingat mek dah makan ikan-ikan ni kan? Ujar Prasasti sambil menjeling. Takdelah. Aku percayakan kau. Jawab ku. Aku menoleh ke arahnya. Aku dapati dia sedang menggeledah beg ku untuk mencari pau kacang yang aku simpan di situ. So, macam mana dengan kerja? Boring lah Zila tak ada. Tension siot. Sabar je lah, u'olls. Nak buat macam mana, kan? Eh, aku pinjam Pintu Dimensi Ajaib kau tu boleh? Buat apa? Nak ke bilik Sanisah... Untuk apa? Nak bersihkan bilik dia kat Kondominium Bestari tu. Rajinnya! Salah ke? Tak. PINTU DIMENSI AJAIB! Katanya, lalu dia keluarkan pintu itu dari koceknya. Dia letakkan pintu itu di hadapan ku. Prasasti buka pintu ajaib ini. Di sebalik pintu aku dapat lihat bilik Sanisah yang berselerak. Aku masuk ke dalam biliknya. Aku lihat Prasasti sedang membelek-belek teddy bear kepunyaan Sanisah. Aku ambil teddy bear itu lalu aku meletakannya kembali di atas katil. Aku memintanya duduk diam dan jangan buat bising. Aku menoleh ke arah Prasasti. Dia sedang membaca majalah Mastika sambil ketawa terkekek-kekek. Ada cerita tentang seekor pelacur yang melahirkan anak anjing kepala babi dan seorang penyamun yang disumpah menjadi beruk. Aku suruh dia diam, sebab aku tak mahu Yusnor tahu kami berdua sedang berada di dalam bilik kakaknya ini. Benci betul aku kalau Prasasti dah terkekek-kekek seorang diri macam ni. Dia tak boleh senyap langsung. Kini bilik Sanisah nampak bersih. Tak lagi berserabut seperti sebelumnya. Aku rasa bangga dengan apa yang telah berjaya aku lakukan. Semuanya perfect, kecuali laci Sanisah yang terkuak sedikit itu. Aku mahu tutup laci yang ada di meja belajar Sanisah ini. Aku dapati lacinya ini tersengkang. Aku rasa aku boleh memperbaikinya. Aku tarik laci tu. Aku kena tarik berkali-kali barulah boleh keluar. Bila laci dah terkeluar, aku minta Prasasti minyak pelincir. Dia keluarkan minyak pelincir dari koceknya. Aku letak minyak pelincir pada bahagian tepi laci ini. Aku dapati laci ini terkandung beberapa keping kertas, surat dan sebuah buku kecil. Sebuah diari. Prasasti, kau boleh buat salinan diari ni? Buat apa? Nak baca lah! Aku serahkan diari itu kepadanya. Dia keluarkan sebuah alat yang kelihatan seperti pistol air. Aku pula cepat-cepat bergerak ke arahnya lalu tutup mulutnya. Aku tak nak dia menjerit dengan suara kepitnya lalu berkata: "ALAT MENGEMBARKAN OBJEK!" Dia jeling kat aku. Dia kata kalau aku buat macam ni lagi dia nak gunakan alat ini kepada ku lalu kembarkan aku. Dia sebenarnya pernah buat macam tu. Kembar aku jahat. Dia ikat aku dalam bilik lepas tu dia pergi shopping beli baju sebab dia kata dia malu nampak selekeh macam aku. Bila dia balik, macam-macam dia beli. Nasib baik dia beli guna duit aku yang telah diduplikasikan sekali. Dan nasib baik lah alat ini hanya dapat mengembarkan objek-objek yang hidup selama 12 jam sahaja. Kalau tak, mati aku! Prasasti akhirnya mengembarkan diari Sanisah dengan segala isi yang tertulis di dalamnya. Aku masukkan diari itu kembali ke dalam laci. Kemudian aku terpandangkan kepada sekeping sampul surat dari University of East Anglia. Aku ambil surat tersebut lalu aku baca isinya. Wajah ku terus berubah pusat. Surat itu memberitahu tentang kejayaan Sanisah diterima belajar di universiti tersebut dalam bidang Kesusasteraan Inggeris dan Penulisan Kreatif. Dia akan memulakan pengajiannya dalam masa sebulan sahaja lagi. Kenapa dia tak beritahu aku dia nak pergi? Tanya ku sendiri di dalam hati. Dalam keadaan yang sedih bercampur kecewa aku masukkan kembali surat yang aku baca ke dalam sampulnya lalu meletakkannya baik-baik di dalam laci yang telah aku betulkan ini. Aku pegang tangan Prasasti. Aku bawa dia masuk balik ke dalam bilik ku. Sebaik sahaja kami masuk ke dalam bilik ku, dia tutup pintu lalu masukkan Pintu Dimensi Ajaib ke dalam koceknya. Aku letakkan salinan diari Sanisah di atas meja. Aku langsung tak ada mood nak membacanya. Aku baringkan tubuh ku di atas katil. Aku sebenarnya kepenatan setelah membersihkan bilik Sanisah. Kenapa dia tak beritahu aku dia nak pergi? Tanya ku kepada Prasasti. Pergi mana? Pergi belajar ke England. Mungkin belum sampai masanya untuk dia beritahu? Tadi dia dah lama terima surat tawaran tu... Sebulan sebelum kami berkenalan! Mungkin dia ada sebabnya sendiri, u'olls! Kalau dia pergi, aku pula bagaimana? Prasasti tidak menjawab. Dia keluarkan semula majalah Mastika yang menjadi majalah kegemarannya itu. Dia nak sambung ketawa tak sudah-sudah, kali ini membaca sebuah artikel bertajuk: Lelaki Melayu haprak memperdaya wanita eksekutif. Aku menghidupkan radio. Lagu yang berkumandang pada waktu itu ialah lagu Nirvana, Smells Like Teen Spirit. Aku mengeluh lesu. Aku rasa macam nak menangis pun ada. Selama seminggu aku kesedihan. Aku tak lalu makan. Selalunya kalau aku sedih macam ni, Zila akan pujuk aku supaya jangan bersedih, tapi Zila tak ada. Kalau aku nak jumpa dia untuk mengadu nasib, aku terpaksa ke Central Market. Sanisah menelefon ku. Dia tanya kenapa aku senyap sahaja. Dia kata dia mahu jumpa aku pada hujung minggu ini, tetapi aku kata aku sibuk. Dia kata dia dah berpindah ke rumah bapanya sebab dia kata dia nak jaga Yusnor. - But you want to know what? Aku termenung sendiri. Aku tak tahu jika aku berani untuk berhadapan dengan Sanisah dan bertanyakan kepadanya kenapa dia tidak mahu memberitahu ku yang dia akan menyambungkan pelajarannya tidak berapa lama lagi. Kenapa hal ini mahu dirahsiakan dari ku. Adakah kerana aku ini sekadar tempat untuk dia lepaskan rasa bosannya seperti kawan-kawannya yang lain? Entah lah.... Oleh Nizam Zakaria
|