zire 71 photo
Zire 71 Photo of the day!


Dresanala II: Baladewa-x

 

Get your own
 diary at DiaryLand.com! contact me older entries newest entry

2005-11-24 - 11:51 a.m.

Novel Halimunan oleh Nizam Zakaria: Bab 27
Novel ini adalah untuk bacaan pembaca 18 tahun ke atas sahaja (terkandung tema dewasa, adegan ganas dan bahasa kasar). Harap maklum.

Siulan

Ayah terus mencipta lagunya. Dia memang begitu aku rasa. Jika dia mempunyai ilham untuk mencipta lagu, dia akan terus mencipta lagu demi lagu dalam satu malam. Pada malam yang bertuah ini, mak menjadi sumber inspirasinya. Aku rasa ayah, seperti aku cepat jatuh cinta. Dia terus jatuh cinta kepada mak walaupun dia baru sekali sahaja bertemu dengannya.

Jadi apa yang perlu aku lakukan untuk merubah perjalanan sejarah? Tanya ku kepada Prasasti.

U'olls perlu bertindak sebagai musenya.

Muse?

Ya, si Pencetus Ilham. U'olls harus si Pencetus Ilhamnya.

Tapi bagaimana?

Dengan mendapatkan dia mendengar suara u'olls tu.

Tapi aku tak tahu caranya!

U'oll cuba lah dulu... Belum cuba belum tahu. Tapi u'olls kena ingat, apa-apa u'olls buat nanti akan mengubah perjalanan masa hadapan.

Lama aku memikirkan tentang hal ini. Ditelan mati emak, diluahkan mati bapak. Jika aku tidak melakukan apa yang patut aku lakukan, Prasasti kata aku akan kembali semula ke ruang dan masa yang telah aku bekukan apabila matahari terbit nanti. Aku akan mati di dalam sebuah kemalangan jalan raya yang dahsyat, dan Sanisah akan terus hidup di dalam keadaan murung yang diakhiri dengan dirinya membunuh diri.

Aku akhirnya mengambil keputusan untuk mengubah perjalanan masa hadapan. Aku lakukan ini semua demi rasa sayangnya aku kepada Sanisah. Aku tak sanggup melihat Sanisah hidup di dalam kekecewaan. Fikir ku, lebih baik buat kali ini dia tidak perlu wujud di dalam sebuah dunia yang tidak menjanjikan sebarang kebahagiaan kepada dirinya...

Jadi, pada subuh yang hening itu, aku membuka mulut aku lalu memanggil ayah berkali-kali, tetapi dia tidak dapat mendengari suara ku. Toleh pun tidak. Aku menjerit di tepi telinganya. Aku menemui jalan buntu. Aku tidak tahu bagaimana untuk menarik perhatiannya.

U'olls perlu luahkan perasaan u'olls dengan ikhlas. Prasasti menasihatkan.

Aku mengeluh panjang. Aku duduk di sebelah ayah. Aku termenung memandang ke arah dirinya yang sedar bermain gitar sambil menulis nota-nota muzik di atas sekeping kertas.

Di dalam keadaan separuh pasrah, aku menyiulkan lagu yang pernah ayah dodoikan kepada aku dahulu. Sememangnya di dalam keadaan tertekan, aku akan bersiul seperti ini - kadang kala tanpa aku sedari.

Tak semena-mena ayah memainkan semula irama yang aku siulkan. Irama ini tidak sepatutnya wujud sehinggalah aku dilahirkan! Apa-apa pun, ini semua tidak penting, apa yang aku siulkan dapat didengarinya.

Aku bersiul lagi. Aku pastikan agar ayah dapat menangkap irama lagu ini dengan tepat. Aku berdiri di sebelahnya dekat ke telinganya. Aku menyiulkan lagu ini supaya dia dapat menangkap irama lagu ini dengan betul. Seterusnya aku membisikkan kepadanya dengan kata-kata bahawa dunia ini akan menjadi lebih bermakna lagi jika dia terus mencipta dan berkongsi lagu-lagu yang bertemakan kasih sayang seperti ini dengan orang lain.

Ayah akhirnya berjaya menulis segala nota lagu yang aku siulkan kepadanya. Wajahnya nampak puas. Kemudian dia terus memainkan gitarnya mengikut irama tersebut.

Best lah lagu ni. Ujar Prasasti bertepuk tangan mengikut irama lagu yang dimainkan ayah. U'olls akhirnya berjaya!

Berjaya apa? Tanya ku. Aku lihat Prasasti sedang memerhatikan sebuah mesin kecil di atas tangannya yang sedang berkelip-kelip.

Berjaya ubah perjalanan masa hadapan!

Apa? Itu sahaja yang perlu aku lakukan?

Ya. Itu sahaja.

Lagu ini akan ubah segala-galanya?

Ya.

Tapi bagaimana?

Beberapa tahun selepas ini, lagu ini akan dianggap sebuah lagu klasik yang menyerupai kejayaan lagu Anak oleh Freddy Aguilar dan Sukiyaki oleh Kyu Sakamoto di peringkat antarabangsa. Datuk u'olls tak kisah mak u'olls berkahwin dengannya malah menggalaknya supaya menjadi seorang pemuzik yang berjaya. Katanya membaca apa yang tertulis di dalam mesin kecilnya.

Dan apa lagi?

The Phase akan menjadi sebuah kumpulan muzik yang popular sepanjang zaman. Bapak u'olls kemudiannya akan menjadi seorang komposer lagu yang terkenal.

Oh.... Dan ini akan membawa kepada beberapa perubahan lain?

Ya.

Jadi selepas ini, Sanisah dan Yusnor tak akan wujud di dunia ini? Tanya ku untuk memastikan.

Ya. Kata Prasasti sambil mengangguk sekali.

Aku memandang ke arah Prasasti sebelum aku menoleh semula ke arah ayah ku. Aku tak tahu apa yang akan berlaku kepada ku nanti apabila matahari terbit nanti. Tapi apa yang pasti, matahari akan terbit di ufuk timur di dalam beberapa minit sahaja lagi.

Aku harap, di dalam dunia yang telah aku ubah nanti ayah akan menjadi seorang manusia yang lebih bahagia. Muzik akan terus hidup di dalam dunianya dan dia akan terus menyayangi mak sampai bila-bila...

Oleh Nizam Zakaria

previous - next

about me - read my profile! read other Diar
yLand diaries! recommend my diary to a friend! Get
 your own fun + free diary at DiaryLand.com!