|
Zire 71 Photo of the day!
|
2005-10-10 - 4:20 p.m. Novel Halimunan oleh Nizam Zakaria: Bab 4
Lampu suluh kebenaran! BRUUUPPPP! Prasasti sendawa dengan kuat. Aku mengingatkannya supaya mengucap Alhamdulillah. Dia menurut sahaja tanpa banyak soal kemudian dia menjilat-jilat tubuhnya. Matanya dah mula nampak kuyu. Aku rasa dia mahu tidur lagi setelah semalaman berjaga menonton rancangan MTV ketika kami sekeluarga keluar bekerja. Kau boleh tolong aku tak wahai kucing yang comel lagi bijaksana? Kata ku selepas aku memainkan lagu kegemaran Prasasti, Seiring Sejalan yang diambil dari album soundtrack filem Hapuslah Air Matamu lakonan Syarifah Aini dan Broery Marantika. Wah, wah, wahhhhhh! Pandai you all spedo kata-kata, kan? Mesti nak sesuatu dari mek! Kata Prasasti. Pandai dia meneka. Aku rasa siang-siang dia tahu aku mahukan sesuatu darinya bila aku bagi dia makan enam biji pau kacang. Aku nak jumpa Sanisah. Aku nak pulangkan gambar yang aku jumpa dalam EP Sanisah Huri petang nanti. Kata ku membaringkan badan ku di atas katil sambil melihatnya buat lip-sync bahagian Kak Pah menyanyi. Khusyuk dia menyanyi tau! Dah tu kenapa, yang? Dia bertanya bila Broery sedang menyanyi. Kau boleh bagitahu aku, orangnya macam mana? Dia suka apa... Dia dah ada boyfriend ke belum. You all tak ada mulut ke nak tanya dia sendiri? Dia tanya aku lalu dia menyanyi bahagian "La la la la la la la la..." (yang diulang empat kali sebelum Broery nyanyi irama ala keroncong di dalam lagu ini). Masa dia berhenti menyanyi untuk beri jalan Broery menyanyi, aku cocok perutnya. OPOCOT TIADA LAGU DUKA PUN AIR MATA NENEK KAU! HAHAHAHA! BA BA BABI! MANGKUK HAYUN! Rilek lah beb, gurau jer tu. Kata ku tersengih. Aku usap-usap kepala dia sampai mata dia stim. Perlahan-lahan dia nyanyi lagu Seiring Sejalan sampai habis. Seminit kemudian, bila Prasasti dah kepenatan menyanyi, dia keluarkan sebatang lampu suluh kecil bersaiz pen dari dalam kocek empat dimensinya. LAMPU SULUH KEBENARAN!!! Dia menjerit dengan suara kepitnya itu macam abangnya, Doraemon. Meh, nak tengok. Tak boleh, you all! Kata Prasasti, dia sembunyikan "lampu suluh kebenaran" di belakangnya. BAGI LAH! Tak boleh. Dia menggeleng pantas. Dia nak main-main pulak dengan aku. Kemudian aku ugut dia dan beritahu kepadanya aku akan beli seekor tikus putih dan pelihara tikus putih tu dalam bilik ku ni. Dia terus ketakutan. Prasasti memang takut kepada tikus. Dia cepat-cepat serahkan "lampu suluh kebenaran" itu kepada ku. Bila kau hidupkan lampu suluh ini dan tujukan lampunya kepada mangsa you all, mangsa you all tu nanti tidak akan dapat berbohong sama sekali. Mrasalah you all tanya apa-apa soalan kepadanya nanti. Kata Prasasti bersungguh-sungguh. Aku hidupkan fungsi lampu suluh ini lalu terus aku suluh ke arah Prasasti. APA NI, YOU ALL! Nak test lah ni! You all suka main-main! Tak pernah serius! Okay sekarang aku serius... Aku nak tahu kenapa kau datang ke dalam hidup aku, Prasasti? Kenapa kau pilih aku? Tanya ku kepada satu soalan yang sudah lama aku mahukan jawapan yang pasti darinya. Kalau you all tahu jawapannya nanti, you all pasti akan menyesal. Kata Prasasti dengan perlahan. Tiba-tiba sahaja wajahnya berubah sedih. Cakap lah Prasasti... Aku sedia mendengarnya. Aku tak kisah apa kau nak cakap. BODOH PUNYA PUNDEK! MEK KUCING ROBOT LAH! TAK RETI-RETI LAGI KE? MANA YOU ALL BOLEH GUNA LAMPU SULUH TU KAT MEK! MEK MANA ADA PERASAAN! Prasasti ambil lampu suluh tu balik dari tangan aku lepas tu dia ketuk kepala aku. Babi punya kucing! Berani dia ketuk kepala aku! Aku menemui Zila di stesen LRT PWTC pada pukul 2.50 petang. Dia tanya dari mana aku beli baju baru aku. Aku kata di One Utama. Dia kata aku nampak cute. Aku pakai baju Mickey Mouse yang menjadi kebencian Prasasti. Aku kata bapak aku yang bagi aku duit suruh beli baju baru sebab aku dah lama tak beli baju baru. Aku menelefon Sanisah dan memberitahunya kami sudah sampai di kondonya. Dia memberitahu alamatnya. Setelah berurusan dengan pengawal keselamatan, aku terus ke lobi kondonya lalu naik lif ke tingkat 31. Aku menekan loceng pintu. Seorang budak lelaki yang masih berpakaian sekolah menengah membuka pintu. Dia memandang ke arah ku dengan curiga. Kemudian matanya terpaku kepada Zila. Kami nak jumpa Sanisah. Kata ku perlahan. Nama saya Masdor dan ini Zila. Nama saya Yurnor adik Kak Sanisah. Kakak ada di dalam. Masuklah. Katanya sambil bersalaman denganku, lalu berjalan ke arah ruang tamu untuk menyambung bermain dengan alat permainan video Xboxnya. Dia sedang bermain dengan permainan Halo 2. Sesekali matanya akan meleret memandang ke arah Zila. Aku dan Zila saling berpandangan. Kami tidak tahu apa yang harus kami lakukan. Adakah kami harus duduk di ruang tahu atau terus berdiri seperti ini. Aku dapati Yusnor mempunyai tubuh yang tinggi lampai dan berkaca mata. Dari lencana sekolahnya, aku dapati dia budak Victoria Institution. Aku rasa dia baru sahaja balik dari sekolah, lalu terus dia main dengan Xboxnya. Aku rasa, inilah rutin hariannya. Di atas mejanya ada bungkusan McDonald's. Dia baru sahaja lepas makan. Kondominium tingkat 31 ini lebih besar dari flat ku. Perabot-perabotnya yang ada kebayakannya berwarna putih dan biru. Pada bahagian ruang tamu rumah ini terdapat sebuah tingkap yang besar yang menampakkan panorama Kuala Lumpur. Dia ada di dalam biliknya. Ujar Yusnor lalu menuding ke arah sebuah bilik berdekatan dengan dapur. Matanya terus ke kaca TV. Zila berjalan ke arah bilik tersebut. Dia mengetuk pintu. Dari dalam aku dapat mendengar suara Sanisah memintanya masuk. Zila membuka pintu. Bunyi muzik dari Huey Lewis & the News bertajuk The Heart of Rock & Roll dimainkannya kuat-kuat dari sebuah alat pemain piring hitam. Di dalam aku dapat melihat Hanisah sedang merokok di atas katilnya sambil menulis sesuatu ke dalam laptopnya. Dia suruh kami tunggu. Dia kata dia ada sikit lagi yang perlu ditulisnya untuk menyiapkan sebuah bab di dalam novel yang sedang disiapkannya. Wajah Sanisah saling tidak tumpah dengan wajah Haryati yang aku lihat di dalam gambar. Perkara ini sahaja mampu membuat aku terus jatuh cinta kepadanya. Apa yang membezakan Sanisah dan Haryati adalah fesyen rambutnya. Aku dapati Sanisah mewarnakan rambutnya kemerahan - macam Sharon Osborne ketika dia ditemu ramah di samping suaminya Ozzy dalam rancangan Parkinson. Wajahnya putih pucat. Telinganya ditindik di beberapa tempat. Aku tidak dapat melepaskan pandangan ku terhadapnya sehinggalah Zila menyiku ku. Aku cepat-cepat berpaling ke arah lain. Aku dapati keadaan biliknya berselerak. Berbau rokok. Di dindingnya terdapat poster beberapa buah kumpulan muzik dari tahun 90-an seperti Nivarna, Pearl Jam dan Lemonheads. Di dalam biliknya ada banyak buku. Lebih banyak lagi yang diletakannya di atas lantai, yang aku rasa sedang menunggu masa untuk diletakkan di dalam rak yang baru sahaja dikosongkan. Pada bahagian rak itu terdapat banyak koleksi piring hitam lama. Aku dapati dia juga pengumpul rekod seperti ku. Aku berjalan mendekati raknya. Piring hitam pertama yang dapat ku lihat adalah single Duran Duran, Hungry Like the Wolf. Aku toleh ke arah Hanisah. Dia kelihatan tekun dengan apa yang sedang dilakukannya. Zila berjalan ke arah tingkap yang langsirnya diperbuat daripada kain baldu hitam yang tebal agar cahaya dari luar tidak dapat masuk ke dalam biliknya. Zila menyelak langsir lalu memandang ke luar. Aku berjalan ke arahnya untuk melihat apa yang sedang dilihatnya. Aku dapati dia sedang merenung ke bawah, melihat sebuah sungai yang deras yang sedang mengalir di sebelah kondominium ini. Okay siap. Kata Hanisah lalu menutup laptopnya. Dia menyedut rokoknya dalam-dalam. So... you datang nak bagi gambar? Dia bertanya kepada ku. Ya. Aku jawab pendek kemudian aku memperkenalkan diri ku dan Zila kepadanya. Ketika Zila bersalaman dengannya, aku keluarkan gambar yang aku jumpa dari dalam beg ku. Kemudian aku keluarkan sekali "lampu suluh kebenaran". Apabila Hanisah sedang berpaling ke arah Zila, aku sinarkan alat pemberian Prasasti itu ke arahnya. What is that you're holding? Tanya Hanisah apabila dia sedar aku sedang menyuluh ke arahnya. Tak ada apa-apa. Jawab ku tersipu-sipu. Let me see that! Dia rampas "lampu suluh kebenaran" dari tangan ku. Dia menghidupkan fungsi lampu suluh. Mula-mula dia suluh ke arah ku, kemudian kepada Zila. Oh, it's just a torchlight. Ingatkan apa tadi. Bilik I ni gelap sangat ke? Tak, bukan sebab gelap, dan itu bukan lampu suluh. Jawab ku dengan pantas lalu mengambil semula "lampu suluh kebenaran" dari tangannya. Dah tu apa? Lampu suluh kebenaran pemberian Prasasti What? Siapa Prasasti? Prasasti adalah seekor kucing robot dari masa hadapan- Aku cepat-cepat menutup mulut ku bila aku nak memberitahunya bahawa sesiapa yang terkena sinaran lampu suluh ini hanya mampu bercakap benar. Okay... You ni pelik lah! Memang dia ni pelik sikit. Sambut Zila sambil tersenyum. Aku akhirnya menyerahkan gambar yang aku simpan sejak beberapa hari yang lalu kepada Sanisah. Dia ambil gambar tersebut lalu memandangnya seolah-olah dia baru sahaja melihat gambar tersebut buat pertama kalinya. You jumpa gambar ini di dalam piring hitam Sanisah Huri? Ya. Gambar ini diambil di Carnaby Street. Hmmm... Carnaby Street letaknya di London. Oh ye ke? I ingatkan kat Balakong... Zila tergelak. Aku menjeling ke arahnya untuk memintanya diam. Nama you Masdor... Sanisah Huri tu anak didiknya. You tahu tak? Dia bertanya kepada ku dengan matanya terus kepada gambar tersebut. Saya tahu... Jadi, gambar yang saya jumpa dalam EP Sanisah Huri ni gambar mak awak? Ya. Dia namakan saya Sanisah kerana dia memang minat dengan Sanisah Huri. Dia minat mengumpul piring hitam ketika dia muda dulu... Banyak yang dikumpulkannya sehingga I tak ada masa untuk dengar satu persatu. Sekarang I nak jual piring-piring hitam lamanya sebab I tak ada tempat lagi untuk letak buku-buku I. Saya suka kumpul piring hitam. So I noticed... Okay macam ni. Since you like collecting these vinyl records so much, apa kata you ambil sahaja apa yang ada dalam bilik ni. Berapa awak nak jual? Ambil sahaja. I'm desperate to get rid of them. But you owe me one. You boleh belanja I makan ke... Aku rasa susah nak bernafas. Aku rasa macam menang loteri pulak. Aku menoleh ke arah Zila. Dia hanya tersenyum. Mak awak... Tak kisah ke? Dia tak ada di sini. Di mana dia sekarang? Dia sudah meninggal dunia. Maaf... Aku terdiam buat beberapa ketika sebelum bertanya: Dalam usia begitu muda? Ada yang telah berlaku? Zila merenung ke arah ku. Dia kurang selesa dengan soalan yang aku tujukan tadi kepada Sanisah. Dia mati dengan membunuh dirinya. Mama terjun dari tingkap di ruang tamu rumah kami ini ketika I berusia 10 tahun. Aku terdiam dibuatnya. Aku pernah membaca laporan akhbar yang mengatakan bahawa secara purata, terdapat tujuh orang rakyat Malaysia yang mati membunuh diri setiap hari. Satu jumlah yang banyak. Aku tidak menyangka Haryati yang kelihatan begitu ceria di dalam gambarnya akhirnya mengambil keputusan untuk menamatkan riwayatnya sendiri... Aku tak berani memandang ke arah Zila. Aku pasti dia memarahi ku kerana telah bertanyakan soalan yang agak peribadi kepada Sanisah. Gambar yang you beri ini... I tak pernah melihatnya. Kata Sanisah sambil menghisap rokoknya. In fact, gambar-gambar mama I semuanya dah tak ada lagi. Kenapa? Tanya Zila. Papa telah membuang kesemuanya. Dia telah memusnahkan segala-galanya yang mengingati kami kepada mama... I guess you've met Yusnor sebelum you masuk ke dalam bilik I tadi. Aku mengangguk. Di dalam pada itu aku dapat melihat Sanisah mengeluh. Aku mula menyesal menyinarkan "lampu suluh kebenaran" ke arahnya tadi. Kini dia akan hanya berkata benar kepada setiap soalan yang ditujukan kepadanya. Begitu juga dengan aku dan Zila. Maaf, saya tak sepatutnya tanya soalan peribadi mengenai mak awak tadi. Kataku kepada Sanisah, tetapi dia tidak menjawab. Wajahnya nampak kosong. Dia merapatkan bibirnya dengan matanya memandang ke arah lain. Mamat skema ni. Tak lah! Kami kawan baik. Oh... Kenapa? You dah ada boyfriend? Tak... I dah ada girlfriend. Beritahu Zila lalu menggigit bibirnya. Mungkin seperti ku, dia tidak sangka dia akan menjawab soalan Sanisah itu tanpa berfikir panjang. So, you lesbian ke? Ya. Cool! Ujar Hanisah sambil tersenyum. Dia mendekatkan dirinya kepada Zila. Dia bertanya kepada Zila di mana dia beli rantai yang sedang dipakainya pada ketika itu. Zila kata Suzi yang belikan rantainya itu di Vietnam ketika dia terpaksa bekerja di sana. Mata ku merayau-rayau di atas rak sehingga aku terlihat beberapa peralatan hospital seperti gunting penyepit yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk stainless steel. Mak aku pernah juga bawak balik peralatan ini semua ketika dia merawat luka-luka ayah ku dulu ketika dia jatuh dari motornya. Untuk apa ini semua? Tanya ku kepada Hanisah yang sedang menunjukkan kepada Zila bahagian pusatnya yang tertindik. Untuk mana-mana lelaki yang suka kat I dan ingin buktikan kepada I yang dia sayangkan I. Sanisah menjawab selamba. Kalau ada sesiapa yang suka kat you, dia kena buat apa? Tanya Zila. Well, he has to pierce my tongue. Itulah peralatannya. Aku mengambil peralatan yang dinyatakannya itu. Selain dari gunting penyepit, di dalam mangkuk stainless steel ini juga terdapat sepasang sarung tangan getah, sebiji botol methylated spirit, beberapa biji kapas dan sebatang jarum yang tajam dan agak tebal. Aku rasa jarum ini perlu digunakan untuk mencucuk lidahnya. Terdapat juga sekeping plastik yang terkandung objek perhiasan yang akan diletakkan di lidahnya nanti. Tak sakit ke nanti? Tanyaku dengan dahi terkerut. Sakitlah. Dah tu you ingat apa? Awak buat ni semua untuk apa? Kenapa you tanya I macam-macam ni? You suka kat I ke? Suka! Jawab ku lalu aku mengangguk cepat-cepat. Sekali lagi aku menutup mulut ku. So... You do want to do it now? Buat apa? Pierce my tongue lah! Aku memandang ke arah Zila. Dia menaikkan kedua belah bahunya. Tak. Takutlah! Tapi you kata you suka dengan I? Ya. Saya suka dengan awak. Tapi saya takut. Kalau takut, tak payah lah. Just forget about it, okay? Aku menelan air liur ku. Okay. Saya akan melakukannya. Kataku sambil menelan air liur ku. Tekak ku tiba-tiba terasa kering. Zila ternganga. Dia tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Are you sure? Tanya Sanisah meminta kepastian. Kenapa? Tak percaya ke? Tak pernah ada sesiapapun yang pernah bersetuju untuk melakukan ini semua. Ye ke? Ya. No kidding. The last person yang I beritahu dia kena buat ini semua untuk I, went home crying. Aku terduduk di atas kerusinya. Sanisah kemudian mengambil peralatannya dan memberitahu ku dia perlu membuat air panas untuk membersihkan peralatannya ini di dapur. Kau dah gila ke, Masdor? Tanya Zila dengan suara berbisik kepada ku. Ya kot. Kau suka dengan Sanisah? Ya. Tapi kau baru jumpa dia Masdor! Tapi aku suka dengan dia! Zila sepak muka aku sekali. SAKIT SIOT! Aku pegang pipi ku. Aku tak tahu kenapa dia sepak muka aku. Apa ni? Kata ku sambil meraba pipi ku. Aku nak kejutkan kau dari mimpi kau. Eh, aku tak mimpi lah! Aku sukakan dia! Zila mengeluh sambil memeluk tubuhnya. Dia kata aku gila. Aku beritahu kepadanya, Sanisahlah wanita yang ingin aku cintai dan satu hari nanti aku mahu berkahwin dengannya dan hidup dengannya sampai aku mati. Masa tu aku dapat dengar lagu I Feel Love oleh Donna Summer dalam kepala aku. Hanisah masuk kembali dengan peralatannya yang telah direndam di dalam air panas. Dia meminta supaya ku supaya membasuh tangan ku di dalam bilik air lalu mengenakan sarung tangan getah. Aku menurut sahaja. Aku rasa aku telah mengambil masa lebih lima minit membasuh tangan ku sambil memikirkan tentang apa yang perlu aku lakukan berkali-kali di dalam kepala ku. Apabila aku kembali masuk ke dalam bilik, aku dapati segala peralatan sudah disusun di atas meja. Langsir di tingkap telah pun diselak ke tepi. Bilik Sanisah kini lebih terang dari sebelumnya. I dah minta Zila untuk tolong tandakan bahagian lidah I yang perlu dicucuk. You gunakan forsep tu untuk tarik lidah I. Gunakan jarum yang I dah letakkan atas meja tu untuk cocok dengan lidah I sehingga tembus. You have to make it quick! Kemudian you ambil barbell tu, dan pastikan you dapat masukkan batang barbell itu ke dalam lidah I. Mungkin akan ada darah yang keluar... So, everything else you figure it out yourself, as we go along, okay? Okay. You sure you want to do this? Ya. Kemudian tanpa aku sedari tiba-tiba Hanisah mengucup bibir ku. Aku dapat merasakan jantung ku berdegup kencang dengan bunyi darah mengalir ke kepala ku berderu di telinga. That's the last kiss I give to anybody before my tongue is pierced. Oh... Okay. You are blushing! Aku hanya mampu berdiri kaku. Aku tak pernah dicium sebelum ini. Memang aku selalu beritahu kepada orang lain terutama kepada Zila aku pernah ada awek dan aku dah pernah main, tetapi sebenarnya aku berbohong. Aku tak pernah buat itu semua termasuklah dicium. Masdor, kau okay ke tak ni? Muka kau merah semacam jer ni! Ujar Zila. Aku mengangguk untuk memberitahunya aku okay jer walaupun aku rasa lagi sikit aku nak pitam. Seterusnya aku dapat lihat Sanisah mengumuhkan mulutnya dengan Listerine lalu meludahnya ke dalam cawan kumuhannya tadi. Dia duduk di atas kerusinya. Dia mengarahkan Zila supaya memancarkan cahaya dari lampu mejanya ke arah lidahnya. Zila menurut sahaja. Sanisah menjelirkan lidahnya. Aku mengambil forsep yang telah diikat dengan getah pada bahagian pangkalnya, lalu mengepit bahagian hujung lidahnya. Aku dapat melihat tanda yang dibuat Zila, tapi kurang jelas, mungkin tandanya dah hilang ketika Sanisah berkumur tadi. Aku mengambil jarum yang harus aku cocok ke lidahnya. Nafas ku turun naik dengan pantas. Memang aku rasa macam nak dekat nak pitam dah. Aku rasa, macam-macam yang terpaksa mak aku lakukan di hospital sebagai seorang pembantu perubatan hampir setiap hari untuk membesarkan aku. Apa yang aku perlu lakukan sekarang jauh lebih senang dari pekerjaannya seharian, di antaranya membersihkan luka dan nanah pesakit di hospital. Aku memulakan apa yang harus aku lakukan dengan bacaan bismillah, kemudian aku terus mencucuk lidahnya pada bahagian yang ditandakan dari arah bawah seperti mana yang aku lihat di dalam gambar. Aku rasa macam cocok sate, walaupun tidaklah sesenang yang aku bayangkan. Seperti yang dikatakan Hanisah, aku perlu melakukannya dengan pantas. Aku dapat mendengar suaranya menahan rasa sakit. Zila memegang tangannya dengan erat. Aku dapat melihat air mata Hanisah mengalir membasahi pipinya mungkin kerana sedang menahan rasa sakit yang amat sangat. Sebaik sahaja jarum yang aku cocok itu tembus, aku terus mengambil objek perhiasan yang telah dibersihkan itu lalu dengan penuh berhati-hati aku masukkan ke dalam lubang lidahnya yang mula berdarah itu. Segala-galanya aku cuba lakukan dengan sepantas mungkin. Aku melepaskan lidahnya. Darahnya turun membasahi bibirnya. Aku cepat-cepat mengambil kain putih di atas meja lalu mengelap bibirnya. Aku lihat Zila masih tidak percaya dia telah menyaksikan semua ini di hadapan matanya. Kalau kau rajin belajar... Aku rasa sekarang kau dah masuk fakulti perubatan untuk jadi doktor. Kata Zila dengan nada serius. Dia memandang ke arah Hanisah lalu bertanya: You okay tak? Hanisah menganggukkan kepalanya. Aku menghela nafas ku. Aku dapati Hanisah masih berdiam. Dia sedang temenung kosong ke luar tingkap sambil memegang tuala putih yang dikotori darah di tangannya. Kami perlu pergi. Kalau ada apa-apa nanti awak SMS saya. Kata ku dengan perlahan. Sanisah mengangguk. Dia memegang bahu Zila seolah-olah ingin mengucapkan terima kasih kepadanya. Zila mengangguk sambil tersenyum. Aku dan Zila keluar dari bilik Sanisah. Aku dapati Yusnor menoleh ke arah ku. Aku memberitahu kepadanya aku dan Zila perlu berangkat pergi. Dia menemani kami sehingga ke muka pintu. You actually did it, didn't you? Tanya Yusnor kepada ku. Buat apa? Tanya ku kembali. Pierce lidah dia lah! Ya. Balik nanti bila bapak aku tahu, mesti dia mengamuk... Dah beratus kali dia bagi warning kat kakak aku supaya jangan buat body piercing lagi! Aku tidak membalas kembali kata-katanya. Aku memakai kasut ku lalu aku terus berjalan ke arah lif berdekatan tanpa menoleh ke belakang. Di dalam lif, Zila membebel. Dia kata aku gila. Dia kata dah sesuai benar kalau Sanisah ambil aku jadi boyfriendnya. Sebaik sahaja kami tiba di tingkat bawah, aku terima SMS dari Sanisah. Dia mengucapkan terima kasih kepada ku. Katanya, jika dia senang nanti dia mahu menemui ku. Aku tersenyum sendiri. Aku menghirup udara pada petang yang panas itu dalam-dalam. Aku pandang ke arah baju Mickey Mouse yang baru aku beli tu. Ada percikan darah Hanisah di tu. Aku memberitahu diriku bahawa aku tak akan basuh baju ini sampai bila-bila! Oleh Nizam Zakaria
|