|
Zire 71 Photo of the day!
|
2005-10-10 - 4:20 p.m. Novel Halimunan oleh Nizam Zakaria: Bab 5
Bohemian Rhapsody Aku tak henti-henti berkhayal tentang Sanisah sejak aku meninggalkan rumahnya petang tadi. Zila ada bertanya kepada ku kenapa aku mahu cepat-cepat meninggalkan rumah Sanisah setelah aku menindik lidahnya. Aku kata ada aku dapat merasakan Sanisah mahu berada keseorangan pada waktu itu. Zila kata dia juga dapat merasakan perkara yang sama. Pada saat-saat terakhir ketika aku keluar dari biliknya, aku dapat lihat Sanisah memandang ke arah gambar ibunya. Aku cukup yakin pada waktu itu aku dapat mencium bau kesayuan yang terwujud di dalam dirinya. Aku rasa dia mahu menangis. Zila masih tak faham kenapa aku boleh jatuh hati dengan Sanisah. Aku kata dia lah orangnya yang aku cari-cari selama ini dan aku telah jatuh cinta kepadanya buat kali pertama apabila aku melihat gambar ibunya yang menyerupainya dan kali kedua apabila aku akhirnya dapat bersemuka dengannya. Aku telah menegaskan kepada Zila bahawa aku menyukainya bukan semata-mata kerana dia mempunyai wajahnya yang berjaya menarik perhatianku, tetapi ada sesuatu tentang dirinya yang telah berjaya menambat hati aku. Sesuatu yang sukar untuk aku jelaskan dan huraikan dengan kata-kata.
Kalau kau nak tahu, lagu Bohemian Rhapsody ini ada banyak persamaan dengan novel eksistensialis Albert Camus yang bertajuk L'Étranger. Kata seorang pelanggan lelaki dengan suara termengah-mengah kepada ku. Aku rasa dua telah mendengar perbualan ku dengan Zila apabila aku memberitahunya bahawa muzik video pertama di dunia adalah muzik video yang telah dibuat untuk lagu Bohemian Rhapsody. Aku masukkan barang-barang yang dibelinya ke dalam beg plastik. Seperti kebiasaannya, lelaki di hadapan ku ini akan beli sekotak susu dan cornflakes. Dia akan datang untuk membeli sekotak susu dan cornflakes pada sekitar pukul 9.30 malam pada hari Jumaat, Isnin dan Rabu, tetapi sehingga kini aku masih tidak mengenali namanya. Aku rasa dia berusia di sekitar awal 40-an. Orangnya bertubuh gemuk. Mungkin terlalu gemuk kerana aku sering melihat orang akan memandang ke arahnya lalu mentertawakannya dari belakang. Baru sahaja sebentar tadi aku lihat seorang budak lelaki India bertubuh kering macam biskut Marie yang sedang beratur di belakangnya mengisi pipinya dengan udara lalu membuat aksi-aksi mengejek sehingga membuat girlfiendnya ketawa kecil. Aku rasa dia menetap dan bekerja di kawasan ini. Abang ada buku tu, tak? Aku akhirnya memberanikan diri ku untuk bersuara kepadanya. Dia cuba mengukir senyuman lalu menggeleng. Aku beri kepada beg plastik yang terkandung barang-barang yang dibelinya. Dia berpaling ke belakang mengira wang baki yang diberikan Zila kepadanya. Dia berjalan beberapa langkah ke hadapan sebelum dia menoleh kembali kepada ku. Nama aku Zamani. Katanya kepada ku. Aku dapat rasakan satu luahan perasaan kehilangan dan kesepian di dalam suaranya. Nama saya Masdor, bang. Kata ku sambil menuding kan jari ku ke arah name tag yang sedang aku pakai. Dia hanya mengangguk lemah lalu dia membawa dirinya keluar dari kedai. Budak India tu ketawa di hadapan ku apabila dia melihat Abang Zamani mengalami kesukaran untuk keluar dari pintu kerana tubuhnya yang besar. Aku terus berdiri memandangnya lalu menjeling ke arah Zila. Aku rasa macam nak halau dia keluar dari kedai ini. Dah, jangan cari fasal pulak. Zila berbisik kepada ku. Aku menarik nafasku panjang-panjang. Budak India yang kurus kering tu mahu beli sekotak kondom dan sekotak rokok Dunhill. Aku serahkan kepada Zila barang-barang yang mahu dibelinya itu. Suasana di Bintang Walk pada malam ini agak meriah. Esok hari Sabtu, jadi ramai yang keluar untuk bersantai di sini. Aku dapat melihat pelbagai jenis manusia yang lalu lalang di sini. Ramai pelanggan yang keluar masuk kedai untuk membeli barang keperluan mereka. Nasib baiklah aku bekerja dengan Zila, sebab dia pantas bekerja. Jika tidak boleh pening kepala aku jadinya. Aku memikirkan kembali tentang kata-kata Zila tadi selepas aku selesai menindik lidah Sanisah. Dia kata aku ada bakat untuk jadi doktor. Mungkin betul katanya. Mungkin betul juga kata mak. Dia banyak kali kata aku pandai, cuma aku ni jenis malas belajar. Aku suka berangan-angan. Masa dalam kelas aku susah nak tumpukan perhatian ku kepada pelajaran. Akhirnya, SPM aku dapat gred dua. Aku bertegas tak mahu sambung belajar. Bapak aku biarkan sahaja. Mak aku pulak marah. Dia kata sekurang-kurangnya aku perlu masuk ke Institut Kemahiran Mara untuk sambung belajar. Tapi aku cakap aku tak mahu belajar di mana-mana lagi. Aku suka dengan keadaan aku sekarang apabila aku tidak perlu lagi sentuh buku teks dan pecahkan kepala aku untuk ambil peperiksaan. Mak aku pernah tanya aku, adakah ini yang aku mahukan di dalam hidup aku. Sampai bila aku nak bekerja dengan gaji kecil. Dia kata dia tak mahu melihat aku jadi macam dirinya dan bapak aku. Aku kata, walaupun dia dan bapak ku tak belajar ke peringkat universiti, kami tetap dapat hidup selesa dan duduk di dalam rumah yang kami sewa. Mak aku kata aku tak berfikiran jauh. Dia kata aku tak mempunyai visi dan cita-cita untuk memperbaiki diri ku. Kemudian dia suruh aku lihat keadaan bapa ku dan pekerjaan yang terpaksa dia lakukan untuk menanggung kehidupan kami. Dia kata, bapak aku mempunyai impian untuk ke Woolton, Liverpool. Dia mahu pergi melawat rumah kanak-kanak Strawberry Field. Menurut cerita, John Lennon telah menulis lagu Strawberry Fields Forever untuk mengingati zaman kanak-kanaknya bermain di sana. Lagu ini istimewa buat bapak ku kerana piring hitam Strawberry Fields Forever, sebuah rekod double A-side dengan Penny Lane, adalah piring hitam pertama kepunyaannya. Lagu inilah yang membuatkan dia mula jatuh cinta kepada muzik. Di Central Park, New York ada sebuah memorial yang didirikan untuk John Lennon yang diberi nama Strawberry Fields. Memorial ini telah dibina untuk mengingati John Lennon yang telah mati dibunuh oleh seorang peminatnya berdekatan dengan apartmennya di Central Park pada tahun 1980. Kalau boleh bapak aku mahu ke sini dan juga ke tempat John Lennon mati di tembak. Bapak aku adalah peminat nombor satu John Lennon dan inilah impian-impiannya. Mak aku kata, bapak aku tidak mungkin dapat melihat impiannya tercapai sampai bila-bila kerana wang yang dikumpulkannya selama ini untuk ke UK tak pernah cukup-cukup. Mak aku kata, tanpa wang, impian sukar untuk terlaksana. Dan bapak aku tidak mempunyai wang yang banyak. Mak aku tak mahu aku jadi seperti bapak aku. Tetapi inilah dia tragedi kehidupan. Ada kalanya, impian kita tidak mungkin dapat kita capai. Kata ku akhirnya kepada mak untuk membuatnya berhenti membebel. Menjelang tengah malam, Sanisah masuk ke dalam 7Eleven membawa sebuah kotak penuh dengan rekod-rekod yang mahu diberikan kepada ku. Aku terus mendapatkannya lalu mengambil kotak tersebut dari Sanisah. Dia kata dia ada sekotak lagi untuk diberikan kepada ku. Dia akan memberi ku sekotak penuh dengan piring hitam lama kepunyaan ibunya itu pada lain masa. Sanisah susah untuk berkata-kata, macam ada sesuatu di dalam mulutnya. Bila aku minta dia tunjukkan aku lidahnya, aku dapati lidahnya bengkak. Dia memberitahu ku dia akan berkeadaan begini selama sebulan, jadi selama sebulan dia tak boleh makan makanan yang pedas dan merokok - satu perkara yang sukar untuk dilakukannya sebab dia suka makan makanan yang pedas dan merokok. Dah lah, awak berhenti saja merokok. Kata ku. Dia tersenyum. You sibuk ke sekarang? Tanya Sanisah. Aku memandang ke arah Zila yang tak menang tangan melayan pelanggan-pelanggan yang mahu membayar barang-barang yang ingin mereka beli. Sibuk jugak. Apa kata saya tunggu awak sampai awak tak sibuk? Awak tak nak balik dulu ke? Tak. Jam satu atau jam dua pagi nanti reda sedikit... Okay, kalau macam tu, I tunggu. I just want to get to know you better. Aku mengangguk. Aku memasukkan kotak pemberiannya ke dalam bilik stor. Aku menyuruhnya duduk lalu memberitahunya dia boleh membaca apa-apa majalah yang dijual di sini sementara dia menunggu sehingga keadaan tidak lagi sesibuk sekarang. Aku lihat dia duduk di atas kerusi tempat makan sambil memandang ke arah orang yang sedang lalu lalang di hadapannya. Ada kalanya aku melihat dia membaca majalah URTV yang aku berikan kepadanya. Dari raut wajahnya aku dapat melihat dia nampak terganggu. Zila kata dia ada masalah. Pada pukul 1.20 aku Zila memberitahu ku supaya melayannya. Dah tak ada ramai pelanggan yang keluar masuk ke kedai ini. Sorry lah, hari ni sibuk sikit. Kata ku kepada Sanisah. Aku letakkan secawan teh yang aku sediakan untuknya di atas meja. Tak apa. Adik awak si Yusnor tu ambil SPM tahun ni ke? Ya. Macam mana you tahu? Saya nampak buku teksnya di atas meja. Oh... Awak pulak? Masih study lagi? Tanyaku lalu aku duduk di sisinya. Technically, yes... Sebenarnya I tak sedia lagi untuk sambung belajar. Kenapa? I nak menulis. Menulis fasal apa? Cerita dongeng. Jadi awak cuba habiskan cerita yang awak tulis semasa saya pergi berjumpa dengan awak tadi? Ya. Ceritanya mengenai apa? Tentang sebuah handphone yang akhirnya mati kerana kebosanan. Oh... Getus ku perlahan tanpa mahu melanjutkan lagi soalan ku tentang cerita yang ditulisnya kerana aku tak minat membaca. Siapa agaknya lebih tua, saya atau awak? Awak agak siapa? Saya kot... Umur saya 20 tahun. Umur awak berapa? 18? 19. Muda setahun jer... Kata-kata ku membuat dirinya tersenyum. Yusnor kata bapak awak akan mengamuk jika dia dapat tahu awak tindik lagi. Ya, dia marah... Dia mengamuk. Sebab itulah I ke sini. Apa yang telah berlaku? Entah lah, but let's skip the details. Whatever it is, I remembered telling him to fuck off and leave me alone. Sabar jelah! So... You selalu pergi clubbing? Tak. Saya kena kerja malam. Oh... Terlupa. Tapi bagaimana pula dengan esok? Entah... Zila pula bagaimana? Tanya Sanisah kepadanya. You free tak esok malam, Zila? Tanya Sanisah kepadanya. Tak. Aku kena kerja di Central Market mulai esok pagi. Aku langsung tak ada masa untuk berehat. Zila kena jaga kedai antik Miss Lee. Beritahu ku. You kena jaga sekali? Tak, tapi saya ingat nak tolong sikit-sikit. Saya akan jaga kedai Miss Lee pada waktu petang sementara Zila berehat di studio Suzi- Suzi? Suzi tu nama girlfriendnya. Jelas ku lalu memandang ke arah Zila yang sedang memerhatikan ku sambil melayan seorang pelanggan. So, kalau ada apa-apa I boleh cari you di Teresa Forever, lah ni? Ya. Sebelum kami tutup kedai pada pukul 9 malam. Awak nak jumpa saya ke malam esok? Maybe... Kalau I free. Okay. You're a sweet person, do you know that, Masdor? Manis macam gula biasa ataupun Nutrisweet? Hemmm... Good question. Sanisah menggaru dagunya yang runcing itu. Manis macam tebu. Kena perah baru dapat rasa manisnya. Kata-katanya membuat aku tersenyum, walaupun aku langsung tak tahu apa yang dimaksudkannya itu. But seriously. I rasa you ni lain dari yang lain. You tak macam kawan-kawan I yang lain. Kenapa? Entahlah... You ni pelik sikit. Petang tadi kita baru sahaja jumpa and then you told me that you like me. And then you've agreed to pierce my tongue. It takes a lot of guts to do something like that. Sanisah... Apa lagu yang paling awak suka sekali di dalam hidup awak? That's a tough question. I suka banyak lagu sebenarnya... Tapi rasa-rasanya I paling suka lagu Bohemian Rhapsody oleh Queen. Ye ke? Ujar ku dengan teruja. Kenapa? Belum sempat aku dapat membuka mulut ku untuk menyambut kata-katanya tadi, seorang wanita bertudung masuk ke dalam kedai bersama Yusnor di sampingnya. Wajahnya nampak risau. Dia terus datang mendapatkan Sanisah. Sorry... Orang kena beritahu kakak kat mana kakak sekarang. Aunty Rafidah dah risau sangat ni. Kata Yusnor sambil menggaru kepalanya. Aunty Rafidah... Ini Masdor. Sanisah memperkenalkan aku kepada wanita berwajah jernih di hadapanku dengan suara serba salah. Dia mungkin tidak menyangka adiknya akan membawa wanita yang dipanggilnya dengan nama Aunty Rafidah itu akan datang ke sini untuk mencarinya. Is this the same Masdor who did your tongue piercing just now? Ya... Mana ada Masdor yang lain, aunty! Mulut ku ternganga. Aku tak tahu apa yang sedang berlaku sekarang. Tapi aku yakin aku akan dimarahinya. Masdor, ini Aunty Rafidah. Papa akan berkahwin dengan Aunty Rafidah pada bulan 12 nanti. Masdor... Kenapa you tindik lidah Sanisah? Sekarang papa dia dah mengamuk. Katanya dengan lembut. Aunty, this is exactly what I want all along! Biar dia mengamuk! Okay, whatever it is, Sanisah balik rumah aunty, ya? We'll discuss about this at my place. Sanisah mengangguk setuju. I think I have to go. Kata Sanisah kepada ku. Apa-apa nanti I SMS you okay? Okay. Kata ku lalu aku melihat mereka bertiga beredar dari dalam perut kedai. Aku mengeluh sendiri. Zila membiarkan aku termenung seorang diri memandang ke arah Bintang Walk. Beberapa minit kemudian aku menerima pesanan SMS dari Sanisah. Dia meminta maaf jika dia telah menyusahkan ku. Aku membalas SMSnya dengan mengatakan dia tidak perlu meminta maaf kerana dia melakukan apa-apa kesalahan kepada diri ku. Aku juga tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepadanya kerana telah memberi ku piring-piring hitam kepunyaan ibunya dan aku berjanji akan menjaga koleksi piring-piring hitam ini dengan baik. Aku akhiri pesanan SMS ku dengan pesanan: I want to get to know you better too and btw, I pun suka dengan lagu BohRhap :) Oleh Nizam Zakaria
|