|
Zire 71 Photo of the day!
|
2005-10-18 - 3:45 p.m. Novel Halimunan oleh Nizam Zakaria: Bab 9
Orang terasing Sanisah suka jika aku menghantar SMS kepadanya. Dia suka jika aku mengingatkan kepadanya bahawa aku sayang kepadanya. Tidak cukup sekali, dia mahu aku ucapkan berkali-kali. Tapi aku tak kisah. Memang aku ikhlas menyayanginya. Tetapi kini setelah lebih sebulan aku mengenalinya, aku dapat merasakan dirinya seolah-olah satu entiti yang sukar untuk aku fahami. Ada sahaja tentang dirinya yang sukar untuk aku capai. Aku rasa, dia telah membina satu tembok tebal yang tidak membenarkan aku untuk cuba memahaminya. Sanisah sering keluar malam untuk keluar dengan rakan-rakannya. Ada kalanya aku tidak faham mengapa dia harus melakukan ini semua. Dia kata dia tidak suka duduk di rumah. Dia kata dia rimas. Jadi, pada setiap hujung minggu ada sahaja pesta yang perlu dihadirinya. Jika tidak, dia suka menghabiskan masanya di Zouk. Dia pernah ajak aku untuk menemaninya, tetapi dia tahu aku tidak selesa dengan caranya. Aku pernah cakap, aku tak kisah apa sahaja yang dilakukannya asalkan dia anggap diriku ini istimewa di dalam hatinya. Pada malam ini, sebelum masuk kerja, aku keluar makan dengannya. Ketika sedang makan, aku tanya kepadanya sampai bila dia akan tinggal di rumah Aunty Rafidah. Dia kata kalau boleh untuk selama-lamanya. Aku tanya kenapa, dia kata dia benci dengan perangai bapanya. Aku tak berani tanya dia kenapa dia benci sangat dengan bapanya itu. Tapi aku yakin dia mempunyai sebab-sebabnya tersendiri. Pada malam itu, sedang kami makan malam di restoran Hainanese Chicken Rice di Jalan Bukit Bintang, aku sempat bertanyakan kepada Sanisah mengapa dia rapat dengan Aunty Rafidah. Katanya, dia telah mengenali Aunty Rafidah sejak kecil lagi. Aunty Rafidah adalah kakak angkat kepada ibunya. Mereka saling mengenali sejak di London lagi. They used to be room mates in Islington. Jelas Sanisah kepada ku. Dia mengunyah peha ayam masak Hainan yang menjadi kegemarannya itu. Ketika mereka belajar di London School of Economics? Mana you tahu? Saya pakai teka jer. Ujar ku sambil mengaru kepala ku. Alah, kat London tu bukannya banyak universiti yang famous. Ya. Mereka sama-sama belajar di situ. Aunty Rafidah buat Masters dalam bidang ekonomi dan arwah mama I pula mendapatkan ijazah dalam bidang perakaunan. Jadi... Ayah awak pulak? Kenapa dengan dia? Bagaimana mak awak mula berkenalan dengannya? Melalui Aunty Rafidah believe it or not. Ye ke? Papa dan Aunty Rafidah dulu you know lah... They were lovers. Dah tu apa jadi? Bapa Aunty Rafidah tak suka dengan papa... Kenapa? Papa tu dulu hippies tahu tak? Ye ke? No lah... Just kidding. Sanisah ketawa sendiri sambil menjeling. Keluarga papa orang kuat UMNO. Keluarga Aunty Rafidah pula orang kuat PAS. You know how silly it is. Jadi... Sebab itulah mereka tidak boleh mengadakan sebarang hubungan? Ya... Something like that. I don't really know the details. But that's when arwah mama I come to the picture. Maksud awak? Papa mendapat tahu tentang mama dari Aunty Rafidah. Mereka berkenalan... Mula-mulanya sebagai adik dan abang angkat. Akhirnya mama jatuh cinta dengan papa selepas mama pulang ke malaysia. Mereka kahwin, maka lahirlah I ke dunia ini. Aku mendengar cerita dari Sanisah ini dengan penuh teliti. Abang Zamani jelas tidak wujud di dalam dunianya ini. Aku telah menemui abang Zamani dua tau tiga kali setiap minggu sejak bulan yang lepas. Banyak yang aku pelajari darinya. Dengan penuh sabar dia membacakan kepada ku novel Albert Camus yang bertajuk L'Étranger dengan menterjemahkan isi buku tersebut agar aku dapat memahaminya. Dia menjelaskan kepada ku maksud-maksud yang tersirat yang ada di dalam novel itu, termasuklah falsafah eksistensialis yang cuba dikemukakan oleh Camus. Aku sebenarnya tak faham langsung dengan apa yang cuba dijelaskannya. Tetapi aku terus menemaninya kerana aku rasa dia perlukan kawan. Dia seperti seorang manusia terasing yang kehilangan sesuatu. Aku dapat merasakan dia seolah-olah kehilangan segala harapan untuk mencari sebarang makna kebahagiaan di dalam hidupnya. Sebab itulah aku mahu menemaninya, agar dia tidak rasa dirinya terasing lagi. Kelmarin aku telah beranikan diri ku untuk bertanyakan kepada Abang Zamani sejak bila tubuhnya menjadi besar. Dia kata sejak awal tahun 80-an dulu. Dia pernah menunjukkan gambar-gambarnya ketika muda kepada ku. Abang Zamani memang kacak orangnya walaupun sedikit berisi. Aku tanya sebab apa. Dia kata setiap kali dia merasa murung, dia akan makan. Jadi dia makan dan terus makan sehinggalah tubuhnya sebesar sekarang. Apabila tubuhnya menjadi semakin besar, dia tak mampu lagi melakukan kerja-kerja berat dan bersenam. Berjalan jauh pun sukar untuk dilakukannya. Jika dia berdiri terlalu lama, lutut dan kakinya akan terasa sakit. Dia kata dia malu dengan keadaan dirinya. Dia kata dia tahu orang sering mentertawakannya kerana melihat keadaan dirinya itu. Aku seterusnya bertanyakan pula tentang Haryati, arwah ibu Sanisah. Aku mahu tanya tentang hubungannya dengan Haryati. Dia tersenyum. Dia fikirkan aku tidak akan menyebut nama itu lagi sejak kali pertama aku datang ke rumahnya. Jadi setelah mendiamkan dirinya dengan begitu lama, dia akhirnya bertanyakan pula kepada ku dari mana aku mengenali Haryati. Aku ceritakan kepadanya bagaimana aku menjumpai gambarnya di Carnaby Street dari sampul EP Sanisah Huri. Dari gambarnya itulah aku akhirnya mengenali Sanisah anak kepada Haryati yang aku cinta setengah mati. Aku mengeluarkan dompet wang ku untuk mengeluarkan gambar Sanisah. Dia terkejut melihat wajah Sanisah yang dikatanya saling tak tumpah seperti ibunya. Abang Zamani termenung buat seketika sebelum dia menjelaskan bahawa dialah yang telah menghadiahkan EP Sanisah Huri itu kepada Haryati. Dia telah mendapatkan seorang kawannya agar mengepos EP tersebut kepadanya semata-mata agar EP ini dapat dinikmati Haryati yang diketahuinya meminati Sanisah Huri. Jadi apa hubungan abang dengan dia? Tanya ku ingin tahu. Abang Zamani tidak mahu menjawab. Dia sekadar menyuruh ku mengambil sebuah kotak yang diletakkan di bawah katilnya. Aku mengambil keluar kotak tersebut. Aku menyerahkan kotak tersebut kepadanya. Dia membuka kotak itu lalu menyerahkan beberapa keping gambar yang diambil dari kotak itu kepada ku. Aku memerhatikan gambar-gambar yang diberikannya kepada ku satu persatu. Buat beberapa saat aku fikirkan aku sedang memandang ke arah gambar-gambar Sanisah, tetapi ternyata aku sebenarnya sedang memandang ke arah gambar-gambar ibunya. Dalam setiap gambar ini wajahnya nampak ceria, seolah-olah kita langsung tidak boleh meneka bahawa satu hari nanti dia akan mengambil nyawanya sendiri. Jadi abang suka kepadanya? Aku telah jatuh hati kepada Haryati sejak hari pertama aku bertentang mata dengannya. Katanya sambil berpaling ke arah tingkap rumahnya. Dia memandang kosong di situ. Mungkin dia sedang memikirkan tentang kisah-kisah lamanya dengan Haryati. Kami berdua langsung tidak berhubungan selepas dia berkahwin. Ya, KL ini kecil, tetapi memang aku tidak pernah bersemuka dengannya walaupun aku tahu dia berada di kota ini. Kau tahu aku takut untuk keluar ke mana-mana kerana aku takut untuk bertemu dengannya. Aku tidak mahu dia lihat aku berkeadaan begini. Abang tahu apa yang berlaku kepadanya? Haryati? Ya. Tidak... Dia dah tak ada lagi. Apa? Haryati sudah lama meninggal dunia. Bagaimana? Dia mati akibat membunuh diri. Dia terjun dari tingkap rumahnya sendiri ketika Sanisah berumur 10 tahun. Wajah abang Zamani berubah pucat. Sukar untuk dia mempercayai kata-kata ku. Dia meminta aku pergi. Aku mengangguk perlahan lalu membiarkannya keseorangan di dalam rumahnya. Aku termenung jauh di meja makan. Sanisah memanggil nama ku berkali-kali sebelum aku menyahut. Tengah fikir fasal apa tu? Tanya Sanisah. Dia menggunakan sudu panjang untuk mengeluarkan buah laici dari gelas air laicinya. Fasal awak. Kata ku berbohong. Fikiranku sarat memikirkan tentang hubungan abang Zamani dan Sanisah yang masih samar-samar di dalam fikiran ku. Ye lah tu. Betul... Saya fikir hubungan fasal kita. Kenapa? Tak ada apa-apalah. Alah cakap lah. Saya tak suka lah awak campur dengan budak-budak lelaki yang suka bawak awak clubbing tu. Kenapa ni? You rasa insecure ke? Entah... Mungkin juga. Alah, you tahu sejak awal lagi I macam ni, kan? Tahu apa? Yang I suka berkawan dengan sesiapa yang I suka? Aku mengeluh seorang diri. Aku menggigit bibir ku. Aku dapat rasakan walaupun dia selalu berada di samping ku, sebahagian dari dirinya masih bukan milik ku. Kita cakap fasal benda lain, ya? You like to avoid issues at all cost, don't you? Ya. Aku menjawab dengan jujur. Well, at least you're honest. Katanya sambil menggigit hujung strawnya. Yus ada jemput saya pergi temankan dia bercuti ke Teluk Chempedak esok. Dia kata boring kalau dia pergi sana dengan awak dan Aunty Rafidah sahaja. Really? Ya. Tapi kalau awak tak bagi saya ikut sekali, saya faham. Masdor! Oh you silly little boy! I suka kalau you ikut sekali. Katanya, lalu dia memegang tangan ku. Dia kata aku suka sangat merajuk. Setiap kali dia rasa aku akan merajuk, dia akan pegang tangan aku begitu, lalu dia akan pandang ke dalam mata ku dalam-dalam. Actually I tahu you nak ikut sekali. Aunty Rafidah yang sarankan Yus supaya jemput you sekali kalau dia takut boring kat sana nanti. Kita akan sewa sebuah banglo dekat dengan Pantai Teluk Chempedak. There are plenty of rooms for all of us. Saya tak sabar tunggu esok. Well, me too. Katanya sambil tersenyum. Hati ku sejuk. Tak sabar rasanya untuk aku tunggu sehingga hari esok! Oleh Nizam Zakaria
|