zire 71 photo
Zire 71 Photo of the day!


Dresanala II: Baladewa-x

 

Get your own
 diary at DiaryLand.com! contact me older entries newest entry

2005-12-29 - 2:23 p.m.

Hadi sebuah novela oleh Nizam Zakaria (idea asal oleh Saiful Baharom). Bab 15

Pa: Padang Merbok

Hadi sukar untuk melelapkan matanya, inikan pula untuk tidur. Esok, perlawanan bola sepak akan diadakan. Dia bukan sahaja tidak boleh tidur kerana memikirkan tentang perlawanan bola sepak itu, tetapi kepada apa yang telah dialaminya bersama Rais sebentar tadi. Dia telah ditengking Rais. Perasaannya sedih.

"Kenapa ni Hadi? Kenapa termenung je tu?" tanya Pa di muka pintu. Dia duduk di sisi Hadi di atas katilnya.

"Kenapa dengan abang Rais? Dia sakit ke?"

"Ya, dia sakit."

"Dia sakit apa, Pa?"

"Dia... Hmmm..." Pa mengusap rambut Hadi. Dia tidak dapat melengkapkan kalimah-kalimahnya. "Nanti baiklah dia tu."

"Esok Wan nak tumpang kita ke Padang Merbok." Hadi mengingatkan.

"Tahu... Mak dia dah bagitahu kat Pa petang tadi."

"Dia sedih sebab ayah dia jarang balik rumah. Lepas tu, ayah dia tak boleh tengok dia main."

"Pa tahu, Hadi. Kesian Pa dengan si Wan tu."

"Pa tahu mana Padang Merbok ni, kan?"

"Tahu lah... Budak bertuah ni. Pa kan dah lama duduk kat KL. Tak kan lah tak tahu mana Padang Merbok tu."

"Mana tahu Pa tak tahu ke... Kita semua kena ada kat sana pukul 7 pagi tau pa!"

"Ya, Pa tahu! Nanti kita ke sana naik teksi."

"Pa rasa abang Rais dapat datang tak?"

"Entahlah Hadi... Pa tak tahu." Mata pa tertumpu pada kasut bola kepunyaan Hadi hadiah pemberian arwah bapanya yang tersorok di tepi meja solek.

"Hadi pakai kasut bola tu esok?"

"Tak."

"Kenapa tidak?"

"Adi tak nak pakai."

Pa merenung ke dalam mata Hadi. Dia dapati Hadi sudah bertekad dengan hal ini. Lagipun dia tak makan pujuk. Jadi Pa rasa dia tak akan memujuk Hadi inikan pula memaksanya untuk memakai kasut bola itu.

"Jadi Hadi nak pakai kasut apa bila main bola esok?"

"Kasut sekolah."

"Kasut sekolah mana sesuai untuk dibawa bermain bola, Hadi."

"Wan dengan kawan-kawan Adi pun pakai kasut sekolah jugak!"

Pa mengangguk sekali dengan rasa simpati. Dia tahu beberapa orang kanak-kanak yang bermain di dalam Pasukan Jaguh berasal dari keluarga yang daif. Ada pula yang porak-peranda kehidupan mereka. Buat masa ini Pa rasa bangga kerana Hadi dapat menyesuaikan dirinya dengan mereka. Sekurang-kurangnya Hadi dapat memahami segala rencah kehidupan dalam usia mudanya.

"Esok Ma dengan Pa tengok Hadi main, ya!"

"Ya. Kami akan sokong Hadi dengan team bola Hadi esok." Kata Pa dengan pasti. Dia menyelimutkan Hadi. Dia mahu Hadi mendapat cukup tidur dan berehat. Lagipun esok Hadi perlu bangun awal. Dia mahu Hadi memberikan yang terbaik di dalam perlawanan bola sepak esok.

Ma dan Pa berjalan ke arah Padang Merbuk dengan membawa Hadi dan Wan bersama mereka. Di sana mereka terus mendapatkan Nad yang sudah lama tunggu di tepi padang. Nad kelihatan resah. Dia sedang mencari-cari sesuatu.

"Kenapa Nad nampak risau jer ni?" tanya Ma. Wajahnya nampak merah jambu dek simbahan bayang dari payung merah jambu yang digunakannya.

"Rais... Dia tak ada pun kat mana-mana."

"Itulah. Budak ni suka sangat buat macam ni."

"Banyak kali saya call, dia tak jawab."

"Itu pun dia... Panjang umur budak tu." Ujar Pa. Dia dapat melihat Rais sedang membawa beberapa keping kertas yang perlu diisinya sebelum Pasukan Jaguh dapat bermain pada pagi itu.

Hadi memandang ke arah Rais. Dia tidak lagi kelihatan tak tentu arah seperti semalam. Rais menoleh ke arah Hadi. Dia lihat Hadi seperti cuba mengelak dari memandang ke arahnya.

"Maaf saya lambat." Ujar Rais kepada Nad.

Nad menarik Rais ke tepi. "Kenapa dengan awak ni?"

"Sorry, saya tak sihat."

"Dah tu kenapa tak beritahu kat saya... Saya boleh datang jenguk ke." Nad berwajah risau.

"Kredit dah habis."

"Lain kali jangan buat macam ni lagi!"

"Saya janji tak akan buat lagi. Maafkan saya." Rais menjeling ke arah Pa. Dia lihat Pa sedang memandang ke arahnya dari jauh. Rais menoleh ke arah Nad. Dia lihat Nad menganggukkan kepalanya dengan perlahan.

Beberapa orang pemain Pasukan Jaguh mula berkumpul. Mereka datang bersama penjaga masing-masing. Mereka gembira melihat Rais akhirnya datang juga untuk memberi semangat kepada pasukan mereka.

Rais berjalan mendapatkan mendekati Hadi. Dia meminta Hadi supaya datang ke arahnya. Hadi berjalan lalu berdiri diam di hadapannya.

"Abang Is mintak maaf sebab marahkan Hadi semalam."

"Okay."

"Hadi maafkan abang tak?"

"Ya."

"Abang tak sepatutnya naikkan suara abang kepada Hadi."

"Semalam abang sakit... Adi tahu."

Wajah Rais berubah. Kata-kata Hadi membuatkan dirinya rasa serba salah. Rais menarik nafasnya dalam-dalam. Dia memerhatikan salinan borang yang terkandung nama-nama Pasukan Jaguh yang ada di tangannya.

1.- Muzaffar Mustafa (kapten)
2.- Raihan Isa
3.- Hadi Razak
4.- Jason Lee
5.- Shegar Muthusamy
6.- Najmie Nordin
7.- Faisal Rostam
8.- Kamarul Nazirin
9.- Muhammad Fadli Al-Azam
10.- Wan Ariffin Wan Tahar
11.- Pang Kee Thiek

Pemain Simpanan:

15.- Zulkefli Idris
19.- Mohd Yusof Khamaruddin

Jurulatih: Nurnadhrah binti Kassim
Pengurus Pasukan: Rais Samsuri

Rais tersenyum melihat nama Nad yang telah tertulis di atas namanya, lalu dia kembali mendapatkan Nad. Dia menyerahkan kepada Nad. jadual perlawanan mereka pada hari ini yang telah distapel bersama nama senarai pemain.

"Muz jadi kapten?" tanya Rais dengan dahinya terkerut.

"Ya, dia memang sesuai dijadikan kapten..."

"Saya rasa dia memang sesuai... Tapi dia tu panas baran sikit orangnya."

"Tak apalah, kita bagi dia peluang. Lagipun dia yang paling tua dalam kumpulan ni." Nad menjelaskan. Rais mengangguk setuju.

Rais mengambil keputusan untuk duduk di tepi padang apabila dia dapat melihat Nad sedang sibuk mengumpulkan pemain-pemainnya untuk melakukan senaman memanaskan badan. Rais termenung jauh ketika dia duduk keseorangan di tepi padang. Hari ini giannya hilang setelah dia kembali mengambil dadah. Tapi sampai bila dia akan berkeadaan seperti ini. Dia bersungguh-sungguh mahu berhenti setelah melihat sendiri kesan dadah kepada ayah Wan. Fikir Rais, sampai bila agaknya dia akan terus bergantung dengan dadah? Adakah jika dia berterusan begini dia juga akan menjadi seperti ayah Wan yang sewenang-wenangnya memukul orang-orang yang disayanginya ketika sedang berada di dalam keadaan gian?

Rais tak sangka Pasukan Jaguh memenangi hampir kesemua perlawanan yang diadakan hari ini. Pemain yang paling terserlah adalah Hadi dan Muzaffar. Buat pertama kali, Rais dapat melihat kedua-dua pemain ini bermain bersungguh-sungguh dalam satu pasukan untuk memastikan kecemerlangan pasukan mereka.

"Kalau ikutkan agregat, kita ada peluang besar untuk ke saringan kedua." Ujar Rais kepada Nad.

"Itulah!" sambut Nad dengan nada seronok. "Tapi kesian jugak dengan budak-budak ni. Budak-budak ni dah kepenatan."

"Tak apa... Mereka mesti dibiasakan dengan keadaan macam ni." Jawab Rais dengan pantas. Dia memandang jam ditangannya. Perlawanan terakhir pada hari itu akan dimulakan bila-bila masa sahaja. Dia berjalan mendekati ahli Pasukan Jaguh yang sedang memanaskan badan mereka di tepi padang.

"Okay dengar semua... Abang Rais nak cakap sikit ni." Ujar Nad kepada ahli pasukannya.

"Korang semua perlu bermain dalam perlawanan yang terakhir ini dengan bersungguh-sungguh. Kita perlu buktikan kepada semua orang kita yang terbaik." Kata Rais dengan lantang, sebelum dia terbatuk-batuk. Rais menoleh ke padang. Dia dapat melihat pengadil sudah pun turun padang. Dia diarahkan supaya membawa ahli-ahli Pasukan Jaguh masuk ke padang.

Rais menepuk bahu Muzaffar sebagai isyarat untuk memintanya membawa pasukannya masuk ke padang. Dengan bangga Muzaffar masuk ke dalam padang. Pada hari itu, hanya dia dan seorang lagi anggota pasukannya yang memakai kasut bola, yang lain hanya memakai kasut sekolah. Mereka semua memakai baju dan seluar serba biru seperti mana yang dipinta Rais untuk membezakan pasukan mereka dengan pasukan yang lain. Mereka tidak mempunyai baju pasukan mereka sendiri. Nombor pemain pula telah disediakan Nad lalu di pin pada bahagian hadapan mereka.

Perasaan bangga yang ada di dalam diri Muzaffar tidak kekal lama. Kini dia berhadapan dengan Pasukan Tiger Cub dari Bukit Damansara. Hampir kesemua anggota pasukan ini dianggotai oleh mereka yang seusia dengannya namun tubuh mereka jauh lebih besar dan tinggi. Baju yang mereka pakai berwarna hitam berjenama Adidas. Kasut bola sepak yang mereka pakai pula berjenama Reebok. Mereka nampak kemas dan segak.

Muzaffar menarik nafasnya dalam-dalam. Dia tidak boleh menunjukkan kepada sesiapapun dia sedang berada dalam keadaan gementar, lebih-lebih lagi kepada anggota pasukannya.

Muzaffar kini berhadapan dengan kapten kumpulan Tiger Cub yang tersengih memandangnya. Muzaffar menoleh ke kanan memandang ke arah Hadi, kemudian ke kiri ke arah Wan dan pemain-pemain yang lain. Buat pertama kali pada hari itu, dia tidak yakin pasukannya akan dapat menang tatkala terpaksa berhadapan melawan kumpulan yang serba gah ini.

Oleh Nizam Zakaria

previous - next

about me - read my profile! read other Diar
yLand diaries! recommend my diary to a friend! Get
 your own fun + free diary at DiaryLand.com!